Agensi| Kemas kini: Januari 25, 2014
KIEV: Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan telah merebak ke seluruh Ukraine walaupun Presiden Viktor Yanukovych mengumumkan konsesi kepada penunjuk perasaan sebagai langkah memulihkan keadaan negara.
Yanukovych menawarkan agar kerajaan dirombak dan pengampunan diberikan kepada berpuluh-puluh aktivis yang ditahan dalam datu rusuhan yang menyebabkan empat mati dan berpuluh-puluh polis cedera.
Selepas lima hari pertempuran, Yanukovych berikrar untuk mengadakan perbincangan dengan pembangkang namun memberi amaran akan menggunakan undang-undang jika tiada jalan penyelesaian.
Sehingga sekarang tiada tanda-tanda genjatan senjata.
Pertempuran bermula pada Ahad di Grushevsky Street, pinggir bandar Kiev.
Pihak berkuasa juga telah mengesah dua orang maut akibat terkena tembakan.
Namun polis menafikan tembakan tersebut adalah dari pihak keselamatan.
Ini krisis terbesar Yanukovych setakat ini dan penunjuk perasaan merampas kuasa pemerintah daerah untuk enam kawasan dalam anti- kerajaan dan pro -EU barat Ukraine.
Ini termasuk rantau Lviv bersempadan dengan Poland di mana penunjuk perasaan bertindak menyerbu dan merampas harta benda pada rusuhan pertama.
Di rantau barat Ivano- Frankivsk, ribuan penunjuk perasaan menyerbu bangunan pentadbiran serantau dan berjaya merempuh tingkat dua bangunan itu walaupun polis menghalang dengan melepaskan gas pemedih mata .
Penunjuk perasaan telah menguasai daerah Ternopil , Rivne, Khmelnytsky dan Chernivtsi dan beberapa daerah lain.
Lebih dua bulan demonstrasi dilakukan terhadap keengganan Yanukovych untuk menandatangani perjanjian dengan EU, kini telah bertukar menjadi bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya selama empat tahun diikuti dengan tuntutan pembangkang mengenai amalan rasuahnya dan nepotisme.

Berita mula diterbitkan pada: Januari 25, 2014 13:34 (MYT)
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa