Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 26, 2014

Bila Semuanya Tolol!

Aku sedar
Alangkah baiknya cara ibu bapa dan guru di zaman aku dan abang-abangku
Ibu bapa tidak mudah termakan apa yang dilaporkan anak dan bawa berbincang dulu sebelum bertindak
Guru pula bertanggung jawab ke atas apa yang mereka buat/denda murid-murid
Kalau dulu-dulu denda macam ni takkan menjadi gatal kudis pun!

Dalam kes ini semuanya jadi tolol
Guru tolol kerana mendenda tanpa pakai akal
Ibu bapa tolol kerana menganggap anak mereka baik tanpa pemantauan ketika di rumah
Anak memang tolol kerana mereka budak-budak dan engkar arahan
Akhirnya riuh seantero Malaysia
Atau adakah kerana guru ini keturunan Cina langsung Melayu merasakan dihina?
Agaknya ibu bapa pun memang suka anak akan menjadi lembu di kemudian hari!

Aku bukan nak bela guru
Tetapi hakikatnya sekarang ini ramai ibu bapa yang menjadi tolol
Kononnya sayang anak-anak tetapi bertempatkah sayang mereka?
Bila mereka dewasa tanpa 'menjadi orang'......anak-anak pula mereka persalahkan

Guru minta maaf, kes selesai
Sungkai: Polis menganggap kes hukuman tidak masuk akal terhadap dua murid tahun empat sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, yang leher mereka digantung loceng dan diberi makan rumput ketika sesi persekolahan pagi Khamis lalu, selesai selepas semua pihak terbabit berbincang.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mengenai kes itu sehari selepas kejadian dan siasatan dijalankan sejurus laporan diterima.
“Dalam laporan yang kami terima, ibu seorang murid berkenaan, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, mendakwa anak lelakinya berusia 10 tahun bersama seorang rakan sekelasnya didenda dengan dipakaikan loceng di leher oleh seorang guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Ibu murid terbabit turut mendakwa, kedua-dua murid itu juga diberi rumput sambil guru berkenaan mengatakan ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’ dan merakam gambar mereka untuk dimuatnaik ke Facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, hasil laporan diterima di Balai Polis Sungkai itu, ketua balai memanggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu, termasuk kedua-dua murid itu.
“Perjumpaan itu turut dihadiri guru besar dan dua wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Tapah. Dalam perbincangan itu, guru berkenaan mengaku mengenakan hukuman menggantung loceng di leher, tapi tidak memberi kedua-dua murid itu makan rumput.
“Guru itu mengaku memberi hukuman berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah selama dua minggu, sedangkan murid terbabit berpotensi dalam subjek berkenaan dan dia memohon maaf,” katanya.
Som Sak berkata, ibu bapa dan sekolah kemudian bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik serta menyerahkan tindakan lanjut terhadap guru itu kepada PPD.
Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Perak Muhamad Roli Hassan ketika dihubungi pula berkata, siasatan mengenai kes itu dijalankan PPD Batang Padang untuk mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tindakan tatatertib.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Ahli Parlimen di kawasan kejadian berkata, hukuman dikenakan terhadap murid itu adalah tidak wajar.
Menurutnya, semua guru tanpa mengira jenis sekolah perlu lebih berhati-hati ketika mengajar dan mengenakan hukuman terhadap murid.
“Apabila menghukum, guru mesti melihat pantang larang dan sensitiviti masyarakat serta tidak boleh menghukum dengan cara yang akan dilihat sebagai memalukan,” katanya. - sumber
Mungkin ini juga kerana ibu bapa tolol - bila baca kat sini

2 comments:

  1. Nampaknya mak budak2 tu sedang mendorong anak2 mereka menjadi lembu. Pertama kerana yang patut mereka marah bukan guru tapi anak2 mereka yang malas.Bukan mereka tak tahu sistem pembelajaran di sekolah jenis kebangsaan cina memang ketat, itu sebabnya mereka maju jauh melebihi lepasan sekolah kebangsaan.Kedua dengan tindakan ibu ini, guru tersebut akan tawar hati untuk membimbing anak2 mereka. (Kalau saya jadi guru tersebut saya juga akan tak ambil kisah terhadap anak2 mereka lepas ni). Seperti kata admin. ibu bapa sekarang beri tugas untuk tukar anak mereka jadi genius kepada guru, sedangkan di rumah ibu pada tak ambil port pun mengenai kemajuan anak2 mereka. Bila guru cuba bentuk anak2 yang leper ini jadi bulat, ibu bapa melenting.

    ReplyDelete
  2. Sdr. XUMNO

    Seolah mereka rela anak mereka menjadi lembu di kemudian hari daripada di ajar sekarang oleh guru.

    Memang saya nampak kelemehan ibu bapa sekarang sayangkan anak tidak bertempat.

    Amalan saya, pada setiap sesi persekolahn dibuka, saya akan berjumpa guru besar atau pengetua dan saya berpesan di hadapan anak-anak saya "Cikgu, sekiranya anak saya bermasalah dan cikgu patut denda atau hukum dia,hukumlah saya tidak akan kisah hal di sekolah sebab di rumah pun saya akan hukum sekiranya anak saya bawa masalah"

    Tetapi kalau di rumah saya akan berikan amaran dua kali dan kali ketiga saya akan hukum.

    Selepas dihukum saya akan panggil mereka dan terangkan mereka dihukum - selepas itu saya akan minta maaf apa yang saya lakukan terhadap mereka adalah amanah Allah kepada saya. - bukan saya suka nak denda atau hukum mereka.

    Alhamdulillah setelah semuanya dah dewasa, mereka tidak menghadapi masalah besar dan mereka sudah berjaya

    Sebenarnya itu adalah cara bapa saya dulu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa