Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 30, 2014

Rekonsiliasi Nasional: Ikhlas Atau 'Buah Kilas'?

Kita tegok pencak siapa yang paling ampuh!

Kabinet setuju rekonsiliasi nasional dengan Pakatan, Najib garis empat teras
OLEH MD IZWAN JANUARY 29, 2014
Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) apabila bersetuju mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini.
Keputusan tersebut dicapai selepas perdana menteri selesai berbincang dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini.
"Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti rancangan untuk menubuhn dan mempromosikan suasana yang kondusif dan membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan konsensus dalam negara," kata Najib dalam satu kenyataan  hari ini.
"Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu sama lain," kata Najib.Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara.
Najib juga yakin PR akan menyambut cadangan tersebut terutamanya selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran sama baru-baru ini.
"Saya terharu dengan gesaan pembangkang yang mencadangkan satu konsensus dan saya yakin mereka akan mengalu-alukan perkembangan terbaru ini," katanya.
Bagi memastikan cadangan rekonsiliasi nasional tersebut dicapai, Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian.
"Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian."
Selain itu, Najib juga berharap cadangan tersebut akan membawa hasil yang positif kepada generasi masa depan negara.
"Kita mesti bekerja ke arah Model Perpaduan Sosial bagi memastikan perpaduan kekal sebagai objektif bersama bagi generasi masa depan negara," katanya.
Bagaimanapun, Najib menegaskan rekonsiliasi nasional tersebut bukanlah sebuah pembentukan kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya membuktikan keterbukaan kerajaan dalam mencapai kesepakatan dalam perkara tertentu.
"Ingin saya tegaskan di sini, rancangan ini bukan termasuk pembentukan apa-apa kerajaan perpaduan.
"Namun, kita mesti melihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti dan majlis," katanya.
Langkah pertama ke arah komitmen rekonsiliasi tersebut akan bermula dengan penubuhan jawatankuasa bi-partisan di Parlimen, kata Najib.
"Kami terbuka untuk berbincang dengan semua parti dan boleh gunakan Parlimen termasuk penubuhan jawatankuasa bi-partisan untuk berbincang mengenai isu melibatkan perpaduan nasional," katanya.
Najib juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyokong rekonsiliasi nasional tersebut.
"Dalam beberapa bulan ini, kamu akan lihat perubahan yang akan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan menjadi negara yang lebih kohesif.
"Saya jemput semua rakyat Malaysia untuk bersama dalam pelayaran ini," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan hari ini Najib akan memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.
The Malaysian Insider difahamkan presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.
Ahad lalu, Anwar sekali lagi mengulangi tawaran konsensus nasional dan Najib memberikan reaksi positif apabila berkata perkara tersebut akan dibawa berbincang ke Kabinet.
Selepas pilihan raya umum ke-13 di mana BN mendapat keputusan paling buruk dalam sejarah, pentadbiran Najib dilihat bergelut menangani hubungan antara kaum dan agama dalam negara dan diburukkan lagi dengan kenaikan harga barang. – 29 Januari, 2014.

3 comments:

  1. Nanti jadi macam lembu punya susu sapi dapat nama. Bila PRU semua kebaikan akan dikatakan datangnya dari UMNO/BN. Pihak yg selalunya mungkir janji, bolehkah dipercayai?

    ReplyDelete
  2. KANGKONG boleh sama dengan KAILA. ke ?

    ReplyDelete
  3. jika mahathir dan kroni disenyapkan tak perlu semua benda ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa