Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 25, 2014

Bersalah: Tian Chua Masih Selamat

SPR: Kedudukan selamat, Tian Chua kekal MP
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan Naib Presiden PKR, Tian Chua kekal sebagai ahli Parlimen Batu walaupun Mahkamah Sesyen semalam mendapati beliau bersalah.

Tian berhadapan pertuduhan melanggar Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, dua tahun lalu.

Beliau dikenakan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.

Menurut Abdul Aziz, kelayakan sebagai ahli Parlimen akan hilang sekiranya mereka yang berkenaan dihukum penjara lebih setahun dan denda RM2,000.

Tian dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula semalam.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakili Tian untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Tian mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis, Deputi Superintendan A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

2 comments:

  1. apa la susah sangat kalu dah tak layak buat pilihan raya.nampak tak boleh makan kawasan batu tu yang macam macam bunyinya kalau tidak oi bedengung telinga kita dengar ada pilihan raya baru kerana hilang kelayakan

    ReplyDelete
  2. Semua lakonan saja. Kalau di buat pilihanraya , mungkin keputusan 100% menang undi sokong Pakatan Rakyat.

    Langsung sakit jantung mamat mamat Kangkung pulak nanti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa