Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 26, 2014

Penganut Agama Apa Dia Ni?

Kalau dia Islam
Pastinya dia adalah penganut Islam pada nama sahaja!

‘Pelacur itu wira keluarga’
Jakarta: Seorang pegawai daerah di Jawa Tengah membantah rancangan mana-mana pihak menutup rumah pelacuran kerana perbuatan itu dianggap tidak berperikemanusiaan.
Widya Kandi Susanti dari Kendal, Jawa Tengah berkata, di sebalik pelbagai tohmahan dan cercaan masyarakat, pelacur sebenarnya boleh diibaratkan sebagai ‘heroin’ dalam keluarga mereka. “Menutup rumah pelacuran hanya menimbulkan masalah seperti kemiskinan dan menyebarkan wabak seksual.
“Kita boleh menutup rumah pelacuran dengan mudah, tetapi pada masa sama perlu memikirkan alternatif lain untuk pekerja di situ menyara kehidupan,” katanya.
Widya berkata, pihaknya menawarkan kursus jahitan kepada pelacur di Kendal agar mereka dapat memperoleh wang melalui kemahiran baru itu.
Bagaimanapun, kata Widya, selepas beberapa bulan biasanya wanita terbabit akan kembali memperdagangkan diri mereka. “Wanita terbabit melacur kerana sukar meraih wang yang memuaskan melalui pekerjaan baru itu berbanding menawarkan khidmat seks.
“Sebagai pelacur mereka kadang-kadang boleh mendapat sehingga lima pelanggan sehari,” katanya.
Menurut Widya, disebabkan keadaan sosial yang sudah berubah di Kendal - terutama dengan isu pelacuran yang melanda daerah itu - slogan “Kendal Suci” sudah tidak lagi bersesuaian untuk digunakan.
“Di Kendal ada banyak kompleks pelacuran yang besar dan penggunaan dadah juga kian berleluasa.
“Justeru tidak sesuai untuk menggunakan slogan seperti itu lagi,” katanya. - Agensi

1 comment:

  1. Di Malaysia sedikit masa dului ada juga ustazah yang kata lebih kurang sama mengenai pelacur. Dah lupa pulak nama ustazah tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa