Apa peranan JKKKP di kawasan itu sebelum ini?
Sehinggakan disiarkan Sinar Harian baru ada respon
Baru terjenguk?
Keluarga makan nasi basi dapat perhatian
24 Januari 2014
POKOK SENA - Keperitan hidup sebuah keluarga warga emas yang terpaksa
makan nasi basi bagi meneruskan kehidupan mereka mendapat perhatian Umno
Bahagian Pokok Sena apabila turun memberi sumbangan kepada keluarga
tersebut.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata, beliau sungguh simpati dengan kehidupan keluarga itu yang tinggal bersama seorang anak perempuannya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Katanya, memang keluarga Saad Md Isa, 75, dan isterinya Som Md Diah, 67, serta anaknya, Azizawati, 40, layak untuk menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi beliau akan berbincang terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan sebarang masalah terutamanya masalah persempadanan JKM di antara Pokok Sena dan Alor Setar.
“Saya akan mencadangkan keluarga ini kepada JKM supaya mendapat bantuan bulanan yang menjadi pendapatan tetap kepada keluarga tersebut. Selain dari itu, juga saya akan cuba memohon bantuan sara hidup dari Pejabat Zakat Negeri Kedah (PZK) supaya salah satu agensi ini dapat membantu mereka.
“Oleh kerana surat perubatan menjadi penghalang keluarga itu mendapat bantuan dari JKM sebagai pra-syarat, pihaknya akan berusaha supaya masalah yang dibelenggu oleh keluarga itu dapat diuruskan secepat mungkin,” katanya.
Dalam kunjungan itu, Biro Kebajikan Umno Bahagian Pokok Sena telah menghulurkan sumbangan barangan dapur, serta wang tunai bagi perbelanjaan sebelum mendapat bantuan dari agensi kerajaan.
Sementara itu, Som Md Diah berkata, dia sungguh terharu dengan sumbangan yang diberi oleh Umno Bahagian Pokok Sena.
"Saya tidak menyangka penderitaan yang disiarkan oleh Sinar Harian semalam mendapat perhatian dari kepimpinan masyarakat di kawasan itu.
“Terima kasih kepada Sinar Harian kerana menyiarkan penderitaan keluarga kami sehingga mendapat bantuan seperti hari ini. Saya juga sungguh terharu dengan janji kepimpinan Umno di sini yang akan membantu kami sekeluarga bagi mendapat bantuan serta menguruskan segala urusan ke hospital nanti,” katanya.

Masya Allah sampai makan nasi basi..... Menteri Besar UMNO ke hulu ke hilir dengan kerets 700K duit minyak hari hari tak kurang 300 , boleh bagi beras bungkus2 aje dan mintak Zakat & Kebajikan Masyarakat pulak ?
ReplyDeleteSedekah saja sebulan gaji cukup makan setahun tuk keluarga dhaif ini....
Kaya lagi Kedekut , tak takut mati ke ?
Apa kerja JKKK kampung ni, buta ke? atau mereka dulu tak pangkah dacing karat? Apa kerja Pejabat zakat Kedah? Duit zakat buat apa? sambutan maulidir rasul? Nabi tak suruh itu dan Allah arah duit zakat diberi kepada fakir macam ni; bukan untuk buat pejabat!!!
ReplyDelete