Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 10, 2014

Abby-Farhan: Apa Masalah Sehinggakan Begini Jadinya?

Abby Abadi Akhirnya Pasrah Tiada Harapan Rujuk
mStar - Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 12:57 PM
Saat bahagia Abby dan Farhan

PETALING JAYA: Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  kembali rujuk terpaksa melupakan impian itu kerana ia tidak mungkin menjadi kenyataan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaharu Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajaiban kepadanya.

“Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,” ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini.

Lakaran yang dibuat oleh anak Abby iaitu Marissa Dania Hakim
Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah.

Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tirinya.

Sebaliknya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harapan lagi terhadap rumah tangga mereka.
Abby juga turut mengulas lukisan yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang berbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu.
Malah Abby turut menjelaskan, perkahwinannya dengan Farhan  bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua.
“Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun,” ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

Terdahulu Muhammad Noor Farhan dilaporkan telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuklah salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.


Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.
Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun depan bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Muhammad Noor Farhan dan kedua bagi Abby.

Sebelum ini Abby pernah bernikah denagn pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim yang berusia enam tahun.

2 comments:

  1. kehidupan rumah tangga tak perlulah banyak sangat nak didedahkan kepada orang luar.sedar tak sedar nak tiru gaya kapir dari mula jumpa sampai nikah hebah merata tempat tak kira masa.bagi yang dah sedar tu elok lah jangan tiru perangai tu
    sukar untuk bertahan dengan perbezaan umur dan kehendak hati muda yang masih liar

    ReplyDelete
  2. Apa nak jadi sudah dgn bebudak melayu kira ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa