KOMEN PEMBACA: Malaysia yang dahulu, bukanlah Malaysia yang sekarang. Apa yang anda lihat di permukaan, sebagai contohnya Sabah, hanyalah di luaran.
Kerajaan kita telah menggunakan dana untuk memenuhi keperluan BN. Malaysia mempunyai banyak ‘kegiatan di bawah meja’. Ia telah dihentam oleh akhbar media akibat dari ketidakupayaan kerajaan dan PM yang tidak bertindak tegas terhadap golongan pelampau yang memiliki agenda agama dan ketaksuban.
MH370, kemelut Cadbury, malaun-malaun seperti Perkasa, Isma, Jakim dan Jais semua bising-bising kerana fatwa dan tergesa-gesa, mengecam produk, dan lain-lain lagi. Ia merupakan satu permulaan tahun yang huru-hara dan melarat sehingga sekarang, dan PM melakukan tindakan saman terhadap sebuah ejen berita yang sangat dikenali. BN/Umno sedang dimamah dari luar dan dalam. Terdapat beberapa kem yang patah semangat dan delusi telah meresap masuk –John Richard Stephens
Kevin Tam: Artikel ini sangat bermakna dan ahli ekonomi Oxford ini dapat melihat kelemahan ekonomi Malaysia, yang agak besar berbeza dengan ahli-ahli ekonomi tempatan yang jarang memberi penekanan/menyebut tentang risiko hutang isi rumah yang tinggi, kenaikan cepat hutang negara/awam dalam lima tahun ini, lebihan akaun semasa yang semakin berkurangan dan defisit bajet selama lebih daripada 15 tahun.
Conscience: Semakin banyak amaran diberikan, lebih galak mereka merompak supaya tiada apa-apa yang tertinggal dalam memenuhi ketamakan mereka yang tidak pernah dipuaskan.
Sikap tamak tidak mengenal batas dan mereka sedang bersaing antara satu sama lain dalam usaha untuk memperkayakan diri mereka secara terbuka dan terang-terangan, dengan mengorbankan negara ini dan rakyatnya.
Setiap projek, program dan dasar mempunyai satu tujuan yang sama – untuk memperkayakan diri mereka, keluarga mereka dan kroni.
Pentadbiran ini korup dari atas ke bawah. Semua orang mahu bahagian mereka dan kebimbangan mereka adalah hanya "berapa banyak akan saya dapat?" dan bukannya "ini sah atau tidak?"
Garis antara yang baik dan buruk, betul dan salah telah lama kabur disebabkan ketamakan mereka. Mereka terlalu buta untuk mengetahui perbezaan dan mereka langsung tidak peduli.
Manusia mempunyai IQ tertinggi di kalangan seluruh hidupan. Ironinya, kita adalah yang paling lemah dan mudah tunduk kepada bermacam kelemahan kita – rasa tamak, kemarahan, iri hati, kesombongan, nafsu ... yang memusnahkan banyak negara/empayar seperti yang dibuktikan sejarah. Malangnya ramai yang tidak belajar daripada kesilapan lalu.
Pada kadar semuanya yang berlaku di negara ini, sikap tamak akhirnya akan memusnahkan kita jika rakyat Malaysia tidak berbuat apa-apa mengenainya sekarang.
Vijay Veerappan: Sekarang anda faham mengapa Umno melepaskan Isma dan Perkasa bagi mengalihkan perhatian orang ramai?
Old Record: Mengapa masih mencanangkan sebuah topik lama? Malaysia sudah tumbang, ia sekarang melibatkan bila, dan bukannya "bagaimana boleh berlaku?" Mengapa “bos” perlu mengambil berat? Mereka semua terjaga dengan baik, jika tidak di Malaysia maka di luar negara.
Kevin Tam: Nisbah hutang isi rumah yang tinggi, ramai graduan yang berkualiti rendah, terlalu bergantung kepada minyak dan gas dan minyak sawit, dan dasar DEB sepatutnya menjadi kelemahan negara ini. Walaupun dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5% -5.5% setiap tahun, ramai golongan kelas pertengahan sebenarnya menghadapi masalah pertumbuhan perlahan dalam pendapatan dan pada masa yang sama, kos sara hidup semakin tinggi dan meningkat.
Yong Chun Wah: Rasuah, salah guna kuasa dalam sektor awam, dan lain-lain. Kapitalisme kroni berkuasa.
Daniel Lau: Saya tidak akan berkata ia adalah yang paling berisiko, tetapi kurang menarik berbanding dengan negara-negara jiran kita.
Nyoheu Regem Ferdinand: Sudah tiba masanya untuk menukar kerajaan. Tiba masanya untuk menendang keluar Umno dan ahli-ahli politik BN yang tamak. Kita memerlukan kerajaan yang berfungsi, bukannya Umno/BN.
Ulasan-ulasan ini diberikan pembaca rencana “Malaysia now Asia’s riskiest country for investors?” - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa