Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 11, 2014

Adakah Mereka Akan Pandang?

Ahli Parlimen Lumut serah memorandum berkenaan keselamatan Sabah Timur

 | June 11, 2014
Memorandum itu hasil lawatan empat orang ahli parlimen ke Semporna, Pulau Pom Pom dan Pulau Mataking
Sabah_MemoKUALA LUMPUR: Tiga orang Ahli Parlimen hari ini telah menyerahkan memorandum ‘Keselamatan Sabah Timur Tanggungjawab Siapa?’ kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Memorandum yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abdul Hamid tersebut diharap dapat disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Mohamad Imran, memorandum tersebut ditulis selepas beliau dan tiga orang lagi ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin, dan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt membuat lawatan di Sabah Timur iaitu di Semporna, Pulau Pom Pom, dan juga di Pulau Mataking.
“Kami juga telah melawat tempat percutian dua orang pelancong rakyat China dan rakyat Filipina yang diculik,” katanya dalam satu sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada masa yang sama, memorandum tersebut juga turut mencadangan agar langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat dapat diambil untuk memperkukuhkan keselamatan di Sabah Timur.
Selain itu, pihaknya juga telah mencadangkan agar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibubarkan.
“Tujuan kita minta Esscom dibubarkan adalah kerana berlaku pertindihan fungsi dengan angkatan tentera, polis dan juga agensi penguatkuasaan maritim di Sabah,” ujarnya.
Jelasnya lagi, beliau turut berharap RM200 juta yang diperuntukkan kepada Esscom digunakan untuk mempertingkatkan keselamatan.
“Khususnya pemasangan radar. kita harus bekalkan Esscom dengan peralatan ‘night vision’ kerana buat masa ini yang kita dapat lihat hanya 300 meter dan kita harap ada peralatan yang mampu melihat sehingga 2 kilometer atau lebih.
Ahli Parlimen Lumut itu juga turut mencadangkan agar setiap pulau-pulau dapat dipasang dengan sebuah radar.
“Hal ini supaya kita dapat kesan kelajuan dan arah. Dalam pada masa yang sama juga  kita harus menjaga Pulau Sipadan.
“Kalau Pulau Sipadan ditakluk, kedaulatan negara akan tercemar kerana mereka akan menuntut kawasan perairan yang berhampiran dengan Negeri Sabah dan saya turut berharap agar Perdana Menteri boleh memberi perhatian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa