Peralatan canggih hanya jadi hiasan bila kakitangan tidak berkomitmen dan meremehkan tugas
TUDM akan naik taraf radar pertahanan negara, kata panglima udara
Published: 11 June 2014 | Updated: 11 June 2014 10:27 PM - MI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menaik taraf teknologi sistem radar pertahanan negara yang berusia lebih 15 tahun.
Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud (gambar) berkata naik taraf itu membabitkan keupayaan pemproses dan aspek avionik.
Perkara ini sudah dikemuka kepada kerajaan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Peraduan Menulis Artikel sempena Ulang Tahun ke-56 TUDM, di Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu katanya kerajaan juga bersetuju mempertimbangkan pembelian radar baharu.
"Ini menelan belanja yang tinggi namun perkara ini sudah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, cuma kita cuba dapatkan lebih awal," katanya.
Sebelum ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilapor berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan pembelian radar baharu bagi menggantikan radar sedia ada yang sudah ketinggalan zaman.
Selepas majlis itu Rodzali turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 20 pegawai.
Selain itu 116 pegawai TUDM serta anggota lain-lain pangkat turut menerima Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertahanan. – Bernama, 11 Jun, 2014.
Blahlah kao jeneral tido.kpl terbang x dikenali lalu pon bley wat bodo jer.muka x malu nak sembang bab teknologi canggih.letak jer la jawatan tuh.makan gaji bute
ReplyDelete