Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 13, 2014

Akhrinya Ke Penjara......

Datuk dan datin dihukum penjara
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Kuantan: Seorang pengarah syarikat didenda RM29 juta dan dipenjara 10 tahun, manakala isteri didenda RM21 juta dan dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas bersalah atas 189 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan hampir RM170 juta, lapan tahun lalu.
Hakim Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Dr Jailani Jabar, 54, dan Datin Dr Latifah Taib, 53, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Jailani didakwa atas 106 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM98.7 juta manakala Latifah didakwa atas 83 tuduhan berjumlah RM71.3 juta.
Mereka dituduh melakukan aktiviti itu dari Februari 2006 hingga Oktober 2007.
Pasangan itu, yang juga pengarah syarikat Jai Network System Sdn Bhd di Jalan Beserah di sini, dituduh menggunakan wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram untuk pelbagai kegunaan termasuk membayar deposit pembelian hartanah, pembayaran ansuran pelbagai jenis kereta, pemindahan ke akaun milik mereka serta mendapatkan hak pengedar minyak hidrogen. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa