Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 13, 2014

Sebagai Muslim Wajarkah Berkata Begitu?

Khalid seolah berpendapat yang Pembangunan lebih utama dari hak Allah?

Isu pembangunan lebih penting daripada hudud, kata MB Selangor
Published: 13 June 2014 | Updated: 13 June 2014 8:26 PM
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan lebih baik berbincang mengenai isu yang boleh mendatangkan keuntungan kepada rakyat negeri Selangor berbanding hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Jun, 2014.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan tiada keperluan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membincangkan isu hudud kerana apa yang lebih penting adalah pembangunan di negeri itu.
Menteri besar Selangor itu berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) boleh membuat perbincangan mengenai hudud dalam forum yang dianjurkan dan bukan dalam sidang DUN.
“Setiap Adun diberi keesempatan untuk mengemukakan usul di DUN. Atas dasar itu, Speaker membenarkan perkara ini dibincangkan.
“Jika tak perlu dibincangkan, tak payah dibincangkan kerana banyak lagi hal pembangunan Selangor boleh dibincangkan. Lebih baik bincang isu yang boleh mendatangkan keuntungan kepada rakyat negeri Selangor.
“Keutamaan Selangor menentukan pembangunan. Itu sahaja. Tak perlu dibincang dalam Dewan. Jika perbincangan dalam forum boleh dibuat, tidak perlu di dalam Dewan,” katanya pada satu sidang media di Kajang hari ini.
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh hari ini berkata Umno negeri itu tidak seharusnya menarik balik usul hudud yang dibawa mereka kerana tindakan itu jelas menunjukkan mereka sekadar bermain politik.
Katanya, tindakan ketua pembangkang Selangor, Datuk Shamsuddin Lias menarik balik usul berkenaan juga membazirkan masa dewan.
"Setiap wakil rakyat mempunyai tangungjawab menegakkan integriti dan mengekalkan kesucian sidang DUN dengan tidak memperlakukannya dengan sewenang-wenang dan sembarangan.
"Saya melihat langkah wakil rakyat Umno ini sebagai helah politik yang terang-terangan sekali," katanya dalam satu kenyataan. – 13 Jun, 2014.

5 comments:

  1. sudah terang benderang puak mana yang suka berdolak dalik dalam isu ini.sanggup depa buat macam tu
    perintah Allah pun nak dikelirukan
    boleh main main tolak tarik.
    tunggulah adzab dari Allah

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Pertama sekali, hukum hudud adalah sebahagian dari hukum Allah. Ia tidak boleh dinafikan, tidak boleh dihina, tidak boleh ditolak.

    Kedua, walaubagaimanapun, mesti ada kebijaksanaan di dalam pelaksanaannya.

    Hakikatnya ialah hukum hudud hanyalah satu daripada bahagian-bahagian yang dituntut oleh Allah swt.

    Allah swt juga menuntut agar dijaga aqidah orang Islam, diperelokkan akhlak orang Islam, agar si fakir dan si miskin dijaga keperluannya, agar dibasmi buta huruf, agar diusahakan ekonomi supaya orang Islam menjadi kuat, agar anak yatim dan janda terbela nasib mereka, agar tiada rasuah, agar tidak kezaliman, agar terjaga juga hak-hak orang yang bukan Islam.

    Dengan pelbagai masalah yang menimpa masyarakat Islam Malaysia - dengan diskonya, dengan araknya, dengan konsert-konsert rocknya, dengan zinanya, dengan rasuahnya, dengan nepotismenya, dengan perkaumannya - dimanakah kebijaksaan melaksanakan hudud ?

    Wajarkan dari perspektif Islam sendiri hudud dilaksanakan di dalam masyarakat yang tertekan dengan kemiskinan ? Di dalam masyarakat yang masih terdedah dengan pelbagai jenis hawa nafsu ?

    Dalam sejarah Islam, hudud adalah bahagian terakhir yang dilaksanakan.

    TERAKHIR.

    Jadi kenapakah segala tenaga dan masa diluangkan untuk berbalah dan berdebat tentang hudud bilamana banyak lagi isu yang perlu diselesaikan DAHULU ?

    Adakah di dalam Islam itu sendiri menyatakan bahawa hudud perlu dilaksanakan dahulu mengatasi hukum-hukum yang lain ?

    Tiada.

    Ketiga, itulah mungkin maksud TSKI.

    Yakni selesaikan isu-isu yang lebih mencabar masyarakat Islam di Malaysia.

    Laksanakan program-program pemantapan akidah. Program-program mempercantikkan akhlak. Kenalkan dahulu Islam kepada orang Islam sendiri di Malaysia setelah berpuluh tahun didodoikan oleh UMNO dengan hiburan dan maksiat.

    Bela dahulu orang-orang yang daif dan lemah, agar mereka tidak dipancing untuk meninggalkan Islam hanya untuk mendapatkan pertolongan.

    Pastikan rasuah dicabut dari akar-akarnya. Pastikan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat dihentikan.

    Hakikatnya ialah hudud adalah sebahagian dari Islam tetapi Islam bukan hanya hudud.

    Hudud mesti dilaksanakan. Namun berbijaksanalah didalam pelaksanaannya.

    ReplyDelete
  3. 1. dah berapa tahun memerintah pun xleh nak tutup rumah2 urut....nak mantap apa nya
    2. nas mana kata ni dulu ni kemdian? akal atau naqli?
    3. nabi laksana hudud bila? lepas dah dkt nak wafat?

    ReplyDelete
  4. Kepada Anon 10:52. Nak tunggu semua rakyat jadi baik; jadi warak. tak ada rasuah, tak ada fitnah tak ada arak, tak ada judi baru, tak ada zina barulah hudud boleh dilaksanakan? Cukup terbalik betul cara berfikir sdra.Setelah 60tahun Malaysia memakai undang2 sekular orang putih, adakah maksiat bertambah kurang? Hudud adalah ubat bagi penyakit2 masyarakat tersebut bukan tunggu masyarakat sembuh baru nak bagi ubat.

    ReplyDelete
  5. Kepada Anon 1:123 dan XUMNO, dalilnya adalah hudud adalah hukum terakhir yang diwahyukan oleh Allah swt.

    Tidakkah kedua-dua Tuan tahu bahawa bila Islam diturunkan kepada Rasulullah saw, apakah yang disebarkan dahulu ? Apakah yang dimantapkan dahulu ? Apakah yang diterapkan dahulu ?

    Hakikatnya ialah ramai di kalangan masyarakat Islam Malaysia hanyalah Islam pada nama.

    Sebab itulah yang perlu dimantapkan dahulu adalah akidah di kalangan masyarakat Islam Malaysia, dibenterasnya tempat-tempat maksiat di SELURUH Malaysia [ tak kira negeri PR atau BN ], diajarkan dulu Islam kepada masyarakat Islam.

    Kemudian barulah hudud.

    Hakikatnya ialah di zaman Sayyidina Umar, beliau menarik balik pelaksanaan hukum hudud di satu waktu bila terjadi musim kemarau yang berpanjangan.

    Apakah yang ingin ditunjukkan oleh keputusan Sayyidina Umar ini ?

    Hakikatnya lagi ialah UMNOlah yang paling banyak menolak hudud, yang berdiam diri apabila MCA menghentam Islam dan hudud.

    UMNOlah setelah 60 tahun gagal membawa masyarakat Islam Malaysia ke arah kehidupan yang Islami.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa