Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 13, 2014

Aku Tetap Sokong Khalid!

Peguam mahu IGP dirujuk kes hina mahkamah
mk - 13 Jun 2014
Para peguam mewakili S Deepa dan M Indira Gandhi sedang mempertimbang secara serius untuk merujuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ke mahkamah kerana ingkar perintah mahkamah tersebut.

Ia berikutan kenyataan Khalid yang mahu mengambil "jalan tengah" dengan meletakkan anak-anak mereka, yang menjadi rebutan dalam pertikaian hak penjagaan, di rumah kebajikan.

"Kita akan membuat keputusan konkrit (untuk memohon agar prosiding menghina mahkamah dimulakan ke atas IGP) pada minggu hadapan.

"Saya akan dapatkan arahan daripada anak guam saya minggu hadapan dalam keputusan ini," kata peguam bela Deepa, Joanne Leong kepada Malaysiakini.

Seorang daripada peguam-peguam Indira untuk kes itu, MP Ipoh Barat M Kulasegaran sewaktu dihubungi juga mengesahkan mereka sedang meneliti kemungkinan itu dengan serius.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa