Aku juga sudah mula meragui keikhlasan PAS dan UMNO di dalam menangani isu Hudud!
Minta-minta janganlah Hudud dijadikan gimik politik, terutamanya PAS
Hudud punca kekalahan DAP di Teluk Intan?
mk - 9:46AM - 4 Jun 2014
ULASAN Selepas kematian mendiang YB Seah Leong Peng akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya, negara sekali lagi berdepan dengan satu lagi Pilihanraya Kecil di Parlimen Teluk Intan.
Sebelum itu mendiang menewaskan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti 7,313. Namun dalam PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Mah dengan majoriti 238 undi.
Sejurus itu, seorang demi seorang pimpinan DAP mula menyalahkan PAS dengan mengatakan isu hudud adalah punca kekalahan mereka. Antaranya adalah Sdr Kim Quek dan YB Gobind Singh Deo.
Dalam artikel YB Gobind Singh Deo semalam beliau menulis "I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan." bermaksud "Saya berpandangan bahawa kontroversi yang meliputi perlaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan kami di Teluk Intan".
Beliau juga menyatakan bahawa “This could have resulted in a silent protest vote against Pakatan Rakyat”, bermaksud "Ini mungkin telah menyumbang kepada undi protes senyap terhadap Pakatan Rakyat"
Setelah saya analisa keputusan PRK Teluk Intan yang lepas saya bersetuju bahawa undi non-Muslim kepada DAP berkurangan 25 peratus dan ianya adalah penurunan yang besar memandangkan prestasi cemerlang DAP di dalam PRU 13.
Namun adakah YB Gobind sedar bahawa kenyataan menuduh hudud sebagai punca utama tanpa satu kajian terperinci adalah sangat tidak cerdik dan dangkal.
Untuk pengetahuan YB Gobind, kajian oleh Dr Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Center mendapati hanya 12 peratus responden dari kumpulan pengundi Cina yang mengambil berat akan isu perlaksanaan hudud yang dicadangkan ole Kerajaan Negeri PAS Kelantan.
Ini bermakna sebelum PRK lagi terdapat dapatan bahawa DAP tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan isu hudud.
Ia juga dapat dilihat apabila keputusan PRK Bukit Gelugor, calon DAP Ram Karpal berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 meskipun peratusan keluar mengundi hanya 56.27 peratus.
Sedangkan mendiang Karpal Singh menang dengan majoriti 41,778 walaupun peratusan keluar mengundi adalah 86.30 peratus. Ini menunjukkan bahawa tiada kesan hudud ke atas PRK Bukit Gelugor.
Bagaimana pula PRK Teluk Intan boleh terkesan dengan isu hudud walaupun calon mereka awal-awal lagi telah mengisytiharkan tidak akan menyokong hudud sekiranya menang?
YB Gobind juga perlu membaca pengakuan oleh YB Tony Pua dalam artikel "Teluk Intan: A Battle Lost, but A War to be Won" di mana beliau telah menyatakan bahawa Teluk Intan tidak semudah seperti Bukit Gelugor.
Mereka juga telah di maklumkan oleh akar umbi DAP bahawa ramai pengundi Cina yang akan mengundi BN pada kali ini. Mereka mengundi DAP untuk "UBAH" namun selepas PRU 13 tidak banyak perubahan yang berlaku.
DAP perlu mengkaji pendapat ini dengan lebih mendalam. Apa yang dimaksudkan oleh sebilangan pengundi Teluk Intan dengan tiada perubahan?
Untuk makluman YB Gobind, pertembungan fraksi juga dikata punca berlaku boikot oleh sebilangan pengundi. Jika dilihat keputusan PRK Teluk Intan, undi yang diperolehi Datuk Mah ketika PRU 13 dan PRK adalah hampir sama.
Namun undi yang diperolehi oleh DAP turun 7,480 undi. Jadi 'swing' dari DAP ke BN tidaklah begitu ketara. Adakah terdapat boikot secara senyap oleh fraksi-fraksi yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dyana Sofya?
Atau adakah terdapat pengundi yang tidak bersetuju dengan calon selepas mengetahui ibunya adalah ahli pertubuhan Perkasa yang mendapat kecaman kuat oleh masyarakat Tiong Hua?
Sudah tentu keputusan PRK Teluk Intan sangat membimbangkan DAP kerana menuju ke PRU 14 mereka perlu mengekalkan prestasi yang tinggi.
Namun isyarat kejatuhan sudah mula kelihatan dan ia perlu ditangani segera. Segala persoalan di atas memerlukan kajian yang mendalam dan punca sebenar kekalahan perlu dikenal pasti agar prestasi hambar ini dapat di atasi dalam mana-mana PRK dan PRU 14 yang akan datang.
Nasihat saya kepada pimpinan DAP terutamanya YB Gobind Singh Deo; berhentilah menembak PAS agar kelemahan DAP dapat ditutup.
Kalaulah DAP merasakan dengan menyalahkan PAS akan menutup kelemahan dalaman DAP, maka mereka silap kerana ia sebenarnya membuka lebih luas pintu kejatuhan DAP.
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
DAP telah mengambil RISIKO YANG AMAT TINGGI dengan pencalonan Dyana seorang Islam dan Melayu. Penyumbang BESAR kepada kekalahan adalah kerana peratusan yang mengundi amatlah rendah kerana mereka mengaggap ini adalah Pilihanraya Kecil bukanya general election. Samada Cina, Melayu, India atau bangsa yang lain tidak mengundi kepada Dyana tidak timbul kerana dia mendapat undian 19 ribu lebih. Sudah cukup bagus untuk newcomer. Oleh itu Hudud bukanlah satu faktor yang besar menyumbang kepada kekalahan. Apa yang penting sekarang barisan PR perlu memperkemaskan lagi jentera parti bagi menghadapi general election akan datang mahupun pilihanraya kecil sekiranya ada. Nobody blame Nobody ok.
ReplyDeleteIni bukan salah pas tentang hudud ini masalah dalaman dap di mn mencalonkan dyana maka ahli dap ada yg tak puashati kenapa digelugor menang..meningkat pulak siapa ram tu sama juga dgn dyana jgn nak salahkan sesiapa pun yg kita ni kena tipu je dgn pakatan bn menang tipis formula nya senang je..undi pos..dan undi tak dikenal pasti datang nya dr mn..yg penting kita redha di atas kekalahan itu pasti ada hikmahnya..biarlah puak yg menang tu bersuka ria...
ReplyDelete