Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 4, 2014

Benarkah Kemenangan Mah Petanda Sokongan Pengundi Cina Beralih BN?

Kemenangan Mah bukan petanda sokongan pengundi Cina kepada BN
KOMEN PEMBACA: Terdapat banyak analisis mengenai kemenangan ini, tetapi ia tidak tepat disebabkan kebanyakan pakar hanya menyentuh kepada faktor kaum. Majoriti yang tipis menunjukkan bahawa ini adalah sokongan yang jarang terhadap Gerakan.
Terdapat dua faktor utama dan yang paling penting ialah Mah adalah seorang warga tempatan dan merupakan personaliti yang terkenal di Teluk Intan. Jika beliau tewas dia pasti dimalukan. Seorang lagi calon pula adalah calon baru dari DAP. Jika dua faktor ini digabungkan anda akan melihat mengapa pengundi Cina menyokong Mah. Mereka bersimpati dengannya. Orang Cina mahu jaga air muka dan mereka tahu Mah akan malu jika beliau kalah kepada muka baru dari luar. Oleh itu, orang Cina tidak mahu mengaibkannya terutamanya generasi lebih tua, dan menyokong beliau hanya untuk pilihan raya ini.
Gerakan tidak seharusnya melihat kemenangan ini sebagai kelahiran semula parti ini, dan BN tidak patut membuat kesimpulan bahawa kaum Cina kembali menyokong BN yang korup, angkuh dan bersifat perkauman. – Chan
Viktor Wong: Terdapat beberapa analisis yang berkaitan dengan pemenang dan yang kalah (BN dan PR) dalam pilihan raya kecil Teluk Intan. Kesemua mereka adalah tepat berdasarkan analisis mereka pada hari tersebut. Bagi pihak BN banyak sebabnya!
Anda tidak boleh mengharapkan penulis untuk menulis sebanyak sebab yang mungkin. Beri tumpuan kepada isu-isu sebenar. Dalam bidang ini, BN sebenarnya bergantung kepada politik perkauman tetapi di sisi lain, kita menerima hakikat bahawa Dyana DAP juga masih mentah. Itu tidak penting. Fakta pentingnya di sini adalah BN telah menggunakan taktik perkaumannya terlalu lama. Ia berkesan di beberapa tempat namun ia juga gagal di beberapa kawasan lain. Ini juga faktanya.
Peratusan yang tinggi ketidakhadiran pengundi juga perlu diberi perhatian. Mah tidak boleh membuat dakwaan kemenangan besar manakala Dyana tidak boleh dikutuk sebagai tewas tanpa maruah. Dalam PRU akan datang, barulah kita akan tahu siapa pemenang sebenarnya. Pilihan raya kecil tidak sama dengan PRU.
Jonathan Keung: Mah adalah seorang warga tempatan yang menentang orang luar dari Ipoh. LKS mungkin silap menjangka ‘mood’ pengundi. Calon tempatan (DAP) mungkin dapat membawa kemenangan. Keputusannya terlalu tipis.
Tetapi kesimpulannya adalah ramai pengundi tidak meminati perbalahan dalaman PR (PAS-DAP-PKR). Dyana masih muda. Banyak sentimen pengundi adalah untuk membolehkan orang lama Mah menang dan melihat apa yang beliau boleh lakukan.
Majoriti tipis ini juga adalah disebabkan oleh isu hudud (yang dicadangkan) PAS. Ramai orang bukan Melayu tidak menerima idea hudud menguasai hidup mereka.
KT Wong: Mah sepatutnya berasa malu dengan cara Umno "memenangi" pilihan raya kecil ini baginya! Hamper, gambar berbikini, ancaman terhadap anggota Rela, penipuan bahawa DAP tidak menghormati almarhum Sultan, serangan bersifat perkauman terhadap Dyana... dan banyak lagi.
Tindakan hanya mendakwa telah "menjauhkan dirinya" apabila beliau melihat barang diserahkan, tanpa melakukan apa-apa untuk menghentikan atau mengkritik perbuatan kotor ini, diikuti dengan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan kerjasama – adakah ianya sesuatu yang boleh dibanggakan?
Anthony Joseph: Sudahlah. Ia merupakan suatu kemenangan bagi Umno, bukan bagi Gerakan.
Mohamed Zakaria Mohamed Ariff: Assalamualaikum, lihat sahaja kebanyakan gambar Mah dan anda akan menyedari bahawa dia tidak mengawal keadaan keseluruhan. Dan dia tidak akan pernah dapat mengawalnya. Ucapan takziah saya kepada penduduk Teluk Intan; anda telah membuat pilihan anda dan sekarang adalah masa untuk menghadapinya. Kepada Mah, jaga air muka anda, dan letakkan jawatan.
Ulasan-ulasan ini diberikan pembaca rencana “Mah’s slim victory could be catalyst for Gerakan’s transformation”. - sumber

2 comments:

  1. Cina kampung boleh berubah2 semata2 mendapat keuntungan pembangunan. Sebahagian mereka juga jenis atas pagar dan mereka tahu kemenangan DAP tiada keuntungan. Betul mereka juga terkesan dengan 'hudud' yg dipermainkan parti pembohong amano. Merekalah yang berubah mengundi gerakan.

    Masih ramai cina tolak bee end berdasarkan jumlah undi untuk Dyana.

    Cina bandar yang sudah menolak bee end secara total, tidak ramai balik mengundi. PRU nanti keputusannya lain plak.

    ReplyDelete
  2. pengundi cina beri undi pada cina bukan BN

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa