Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 11, 2014

Dedah Mendedah Pulak: Waoo....Ganasnya Abby Abadi Ni!

Bekas Suami Dedah Gambar Dicederakan Abby Abadi
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI - Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 2:37 PM
Kesan luka cakaran pada wajah dan lengan Muhammad Noor Farhan yang didedahkan kepada pihak media

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal  ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.



Muhammad Noor Farhan menunjukkan kesan cedera pada lengan kirinya dan laporan polis yang dibuat pada 17 Mei lalu.
"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di  perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Malah dia memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.


Abby turut didakwa turut menyebabkan tekanan emosi kepada Muhammad Noor Farhan sepanjang perkahwinan mereka.
"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Pasangan berkenaan berkahwin di Selatan Thailand pada 9 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.

Malah  dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.

"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.


Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan balas Abby mengenai pendedahan bekas suaminya itu tidak berjaya apabila seorang wanita yang menjawab panggilan memaklumkan Abby tidak berada bersamanya selain enggan memberi sebarang kenyataan.

"Mungkin boleh cuba menghubungi Abby esok (Khamis) tetapi sekiranya tiada sebarang balasan itu bermakna dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan daripada media," kata wanita berkenaan.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

2 comments:

  1. It's difficult to find educated people in this particular subject, but you sound
    like you know what you're talking about! Thanks

    My web blog plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  2. Great blog you have here.. It's difficult to find good quality writing
    like yours these days. I honestly appreciate individuals like you!
    Take care!!

    my blog - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa