MI - JUNE 01, 2014
Polis menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya pasukan keselamatan itu tidak menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dalam mencari seorang lelaki warga Britain yang hilang di kawasan Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman, Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata gerakan mencari dengan menggunakan unit anjing K9 dan beberapa unit khas lain telah dilancarkan bagi mengesan Gareth David Huntley, 34, (gambar).
"Kami melakukan tugas kami dengan baik, sebaik kita menerima laporan itu. Kita mengerahkan pegawai dan anggota untuk mencari.
Bagaimanapun, katanya, usaha mencari warga Britain itu masih belum menemui sebarang petunjuk."Sehingga kita menggunakan anjing malah meminta bantuan orang kampung untuk mengesan," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penutupan Kejohanan Boling Ketua Polis Negara di Sunway Pyramid di Petaling Jaya, hari ini.
Kepada satu soalan, beliau menolak yang kes itu ada unsur jenayah.
Pada hari berkenaan, Huntley, seorang sukarelawan di Projek Penyu Juara di Kampung Juara pulau itu dilapor hilang ketika pergi sendirian ke kawasan air terjun tersebut.
Difahamkan rakan dan saudara maranya membuat rayuan kepada orang ramai membantu mengesan Huntley menerusi laman Facebook 'Find Gareth Huntley'.
Bakri turut menasihatkan orang awam yang ingin melakukan aktiviti mengembara di sesebuah tempat supaya memaklumkan balai polis berdekatan.
"Ini bagi memudahkan pihak kami 'tracking' atau apa-apa seumpamanya. Jadi tidak betul apa yang pihak tertentu kata kita tidak melakukan apa-apa," katanya. – Bernama, 1 Jun, 2014.
Very nice post. I just stumbled upon your blog and
ReplyDeletewanted to say that I have truly enjoyed browsing your blog posts.
In any case I will be subscribing to your feed and I hope you write again soon!
my page: plenty of fish dating site of free dating
Wow, amazing blog layout! How long have you been blogging for?
ReplyDeleteyou made blogging look easy. The overall look plenty of fish dating site of free dating your web site is wonderful, as well
as the content!