Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 1, 2014

MH370: Tersepit Di Antara Strategi Rusia-China?

MH370 tersepit di tengah-tengah strategi dunia baru Rusia-China?
- Ng Kee Seng
LAPORAN KHAS: Beberapa minggu sejurus selepas kehilangan MH370 secara misteri pada 8 Mac, tiga kuasa-kuasa besar dunia – Amerika Syarikat, Rusia dan China – telah terlibat dalam Perang Dingin geo-politik yang halus.

Tidak lama selepas pesawat Boeing 777 MAS dengan 239 orang di atas kapal hilang tanpa jejak hingga ke hari ini, teori-teori konspirasi telah bercambah tanpa henti di seluruh dunia.

Salah satu teori yang semakin dipercayai dengan setiap hari adalah teori yang didakwa datang dari sumber perisikan Rusia – bahawa MH370 telah dirampas (dari jauh) oleh CIA kerana membawa “kargo” sensitif.

Adakah Malaysia membenarkan MAS mengangkut apa-apa kargo "sensitif"? Percanggahan maklumat dari kerajaan Malaysia, maklumat yang terlalu berlawanan, pasti menambah minyak kepada api teori-teori konspirasi.

Perkembangan geopolitik global sejurus selepas kehilangan MH370 adalah kebetulan? Adakah anda percayakan kebetulan?

Tiga rencana theantdaily yang lalu pada 14 April dan 16 April, menekankan mengenai Perang Dingin yang semakin marak di antara Amerika Syarikat dan China bagi wilayah strategik dan kawalan ekonomi Asia.

Sekali lagi, tidak lama selepas kehilangan MH370, Rusia "menceroboh" Ukraine, wilayah strategik bagi Amerika Syarikat di Eropah. Adakah ini sebuah lagi kebetulan?

Perebutan itu kini sedang jelas menjadi pertempuran antara Amerika Syarikat dan China-Rusia.

Pada 8 Mei, sebuah rencana Reuters melaporkan Presiden Barack Obama memberi notis rasmi kepada Kongres AS bahawa beliau merancang untuk menarik Rusia dari sebuah program yang membolehkan import bebas cukai bagi barangan tertentu, yang dikenali sebagai Sistem Umum Kelebihan (GSP). Terjemahannya:
“Rumah Putih berkata bahawa program GSP ini sedang menunggu kelulusan semula kongres. Apabila ini berlaku, Amerika Syarikat tidak lagi akan membolehkan barangan dari Rusia, seperti bahan-bahan membuat keluli, tayar dan seramik, untuk memasuki negara ini bebas cukai.
Sebaliknya ia akan dikenakan tarif biasa, berpurata kira-kira tiga peratus, kata jurucakap Wakil Perdagangan AS. Rusia sudah "cukup maju dari segi ekonomi" dan tidak lagi memerlukan layanan khas, kata Rumah Putih. Rusia akan tidak layak untuk program ini pada 2016 kerana Bank Dunia menetapkannya sebagai negara "berpendapatan tinggi", kata Rumah Putih.
"Tindakan Rusia ke atas Ukraine, walaupun tidak memiliki kesan terhadap keputusan Presiden ini, membuatkan ianya amat wajar bagi langkah ini diambil sekarang," Caitlin Hayden, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, menulis dalam e-mel.
Pada tahun 2012, Amerika Syarikat mengimport barangan berjumlah AS$ 544 juta dari Russia melalui program GSP, mewakili kira-kira dua peratus daripada jumlah import negara ini.”
Sekali lagi, adalah perkembangan berikut sekadar kebetulan?
Pada 20 Mei, AP melaporkan bahawa dalam satu tamparan simbolik kepada hegemoni kewangan global Amerika Syarikat, Rusia dan China telah mengambil langkah kecil ke arah memintas penguasaan dolar AS sebagai mata wang rizab antarabangsa apabila institusi kewangan kedua terbesar Rusia, VTB, menandatangani perjanjian dengan Bank of China untuk memintas dolar dan membayar antara satu sama lain menggunakan mata wang tempatan.
Perjanjian Kerjasama ini ditandatangani di hadapan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Russia Vladimir Putin, yang sedang melakukan lawatan ke Shanghai.
Pada hari berikutnya, sebuah perjanjian mega gas asli selama 10 tahun dan bernilai AS$400 juta telah ditandatangani di antara Rusia dan China.
“Permintaan terhadap dolar, yang telah lama menjadi mata wang rizab yang selamat dan boleh dipercayai dalam urus niaga antarabangsa, telah membenarkan AS untuk meminjam wang hampir tanpa had dan berbelanja diluar kemampuan mereka, yang dikatakan sesetengah ahli ekonomi telah memberikan Amerika Syarikat pengaruh dalam hal ehwal dunia.
Tetapi negara-negara BRICS – Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, blok lima ekonomi utama dunia yang baru muncul – telah lama berusaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dular AS sebagai satu cara membentuk semula aturan kewangan dan geopolitik dunia. Bagaimana pun disebabkan ketiadaan alternatif yang boleh diharapkan, ia sukar dilakukan.
China melihat penguasaan dolar dalam urus niaga perdagangan antarabangsa sebagai sisa dominasi global Amerika, yang mereka berharap dapat dikurangkan dalam tahun-tahun hadapan," kata Michael Klare, seorang profesor kajian keselamatan dan keamanan dunia di Hampshire College. "Ini adalah sebuah langkah kecil ke arahnya, bagi mengurangkan penguasaan dolar dalam perdagangan antarabangsa."
Ada yang telah terdorong untuk mengkaji perjanjian itu dalam konteks pertarungan Putin dengan Barat terhadap krisis di Ukraine. Selepas Amerika Syarikat dan Eropah mengenakan sekatan ke atas Moscow kerana menjajah semenanjung Crimea milik Ukraine, Putin mungkin akhirnya telah mengotakan janjinya untuk bertindak balas terhadap apa yang beliau lihat sebagai hegemoni Barat di wilayah yang berjiran dengan Rusia.
"Usaha memecahkan dominasi dolar AS dalam perdagangan antarabangsa di antara BRICS adalah sesuatu yang kumpulan itu telah bincangkan untuk beberapa lama," kata Chris Weafer, seorang rakan kongsi pengasas Macro-Advisory, sebuah syarikat perunding di Moscow. "Krisis Ukraine dan ancaman yang disuarakan pentadbiran Amerika Syarikat mungkin menjadi pemangkin untuk ini berlaku."
Walaubagaimana pun, perjanjian bank Rusia-China adalah langkah simbolik. Liza Ermolenko, seorang pakar ekonomi kuasa pasaran baru di Capital Economics London, berkata yang perjanjian itu masih merupakan "sesuatu yang sangat kecil, di sebalik semua yang sedang berlaku," dan ia tidak akan mengubah pergantungan Rusia pada dolar "dalam sekelip mata." Kebanyakan kontrak eksport Rusia dalam pasaran minyak dan gas masih dinilaikan dalam dolar, kata beliau, dan pada skala yang lebih luas, menggantikan dolar dengan matawang ruble adalah sesuatu yang terlalu berisiko untuk dipertimbangkan.
Tambahan pula, walaupun China telah bersetuju menandatangani perjanjian gas itu yang membawa kepada kemasukan aliran gas asli bernilai lebih dari AS$450 bilion daripada timur Siberia ke China dalam tempoh 30 tahun yang akan datang, Rusia tidak berada dalam kedudukan yang sesuai untuk meninggalkan hubungan mereka dengan Eropah.
"Dari sudut pandangan komersial, Eropah adalah pasaran yang paling menguntungkan bagi Gazprom," kata Mikhail Korchemkin, pengasas Eastern European Gas Analysis, yang pernah memberikan khidmat perundingan kepada Gazprom, syarikat gas milik nasional Rusia. "Eksport mereka ke China boleh menjana keuntungan yang kecil, (hanya) sekiranya kerajaan menjadikannya bebas cukai dan duti."
Tetapi perjanjian bank mereka merupakan suatu lagi petunjuk bahawa Rusia dan China sedang berada dalam sebuah kerjasama yang lebih luas, yang penganalisis berkata telah dilakukan bukannya disebabkan ideologi yang sama, tetapi disebabkan keinginan bersama untuk melemahkan Amerika Syarikat dalam aspek yang mereka masing-masing miliki pengaruh.
Kedua-dua negara ini akan lebih berwaspada terhadap "pivot timur" Obama, sebuah usaha rekalibrasi dasar luar AS daripada peperangan di Asia Barat, ke arah ekonomi yang sedang berkembang pesat di Timur. Pemerhati yang sinis pula telah mentafsirkan peralihan ini sebagai usaha untuk membendung China.
"Ini adalah sebuah pertemuan kepentingan strategik bersama, bukannya disebabkan ideologi," kata Klare. "China mahukan tenaga dan senjata dari Rusia, dan Rusia mahukan sokongan diplomatik dan wang. Quid pro quo."
Kebetulan? Adakah pengendalian kelam-kabut Malaysia terhadap MH370 memiliki kaitan dengan pertembungan Amerika Syarikat dan China-Rusia?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa