Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 11, 2014

Kes Zarena-Jais Selesai Dengan Baik

Bagi saya, saya dah kata kalau Jais buat pemeriksaan saya setuju
Tapi...kalau serbuan saya tidak sokong!

Zarena, Jais Nafi Serbuan Majlis Kahwin Hindu
Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 8:22 PM
Zarena dan Mohamad Adzib menunjukkan kenyataan media kepada para pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama yang turut disertai ahli keluarga wanita itu dan para pegawai Jais.

PETALING JAYA: Semuanya nampak dalam keadaan baik selepas satu mesyuarat yang diadakan antara Zarena Abdul Majid dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Selasa berhubung kontroversi pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan pada upacara perkahwinannya yang mengikut adat agama Hindu pada 1 Jun lalu.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Zarena hadir bersama ahli keluarganya. Turut hadir adalah timbalan pengarah Jais dan beberapa pegawai.
Mereka mengeluarkan kenyataan bersama selepas itu dengan menyatakan bahawa Jais telah melakukan siasatannya dalam cara yang betul "tanpa menyinggung perasaan keluarga dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu".
Dalam insiden 1 Jun lalu, para pegawai Jais dilaporkan telah menganggu upacara perkahwinan Zarena bagi mempersoalkan status agamanya.
Zarena mendakwa bahawa dia ayahnya yang merupakan mualaf yang telah terpisah dengannya telah mendaftarkannya sebagai Muslim ketika dia masih kecil tetapi dia telah dibesarkan sebagai penganut Hindu oleh ibunya.
Kenyataan itu berkata, Zarena kecewa dengan media yang menggunakan terma "serbuan" yang menyebabkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat.
"Menurut Jais, Zarena dan keluarganya memberikan kerjasama dalam siasatan itu," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, Mais meminta Zarena untuk memfailam satu permohonan dengan mahkamah Syariah berhubung pengenalan keagamaannya kerana ia di bawah kuasa mahkamah.
"Mais dan Jais akan membantu mempercepatkan proses pendengaran kesnya di mahkamah Syariah," kata kenyataan itu lagi. - sumber

1 comment:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Jadi si Zarena dah boleh kawin la, alhamdulilah ialah takut nanti kalau tak boleh kawin, anak anak yg bakal lahir tak lah di panggil anak luar nikah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa