Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 9, 2014

Korang Boleh Percaya Dan Pakaikah Jaminan Ini?

Belum lagi GST dilaksanakan kebanyakan barang dah pun naik
Kalau barang import memang tak heranlah naik sebab nilai ringgit
Tapi barang dalam negara kenapa naik melambung?
Jangan pulak nanti kalau beras naik dia suruh kita makan ubi macam zaman jepun pulak!

Barang import contoh susu bayi pun dah naik belum lagi pelaksanaan GST
Hujung bulan lepas aku belikan susu Enfagrow untuk beruk aku 'ruby' dah naik dari RM85/650g dah jadi RM90/650g - tapi nasib Rubylah aku berikan dia susu mahal tapi bagaimana pula ibubapa yang beranak yang sedang menyusu?

Kalau pun susu bayi tak kena GST, tapi apa jaminan yang harga tidak akan naik?

Jamin harga barang tak naik
9 Jun 2014
SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan barang-barang selain keperluan harian tidak akan mengalami kenaikan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tidak akan membenarkan pembekal dan peniaga menaikkan harga kerana ia akan membebankan pengguna.

Menurutnya, sebagai pihak yang bertanggungjawab, KPDNKK akan sentiasa berhubung dengan pembekal untuk memastikan perkara sedemikian tidak berlaku.

"Saya akan berjumpa sendiri dengan semua pembekal ternakan, perladangan dan industri untuk melihat laporan mereka.

"Menerusi perjumpaan bulanan ini, kita akan dapat mengetahui masalah dan juga memastikan pembekal tidak akan mengambil kesempatan," katanya.  

Hasan diminta mengulas mengenai keluhan rakyat mengenai harga seperti pakaian, makanan dan perkhidmatan yang dibimbangi akan mengalami kenaikan apabila GST mula dilaksanakan .  

"Pengguna tidak perlu bimbang kerana GST dibuat di atas kepentingan rakyat. KPDNKK juga sentiasa membuat pemantauan terhadap apa sahaja isu melibatkan pengguna.


"Pengguna perlu bijak dan jika berlaku apa-apa seperti kenaikan harga, barang tidak cukup boleh berhubung terus dengan pihak kita," katanya.

Ketika ditanya mengenai adakah kemungkinan petrol dan diesel akan dikenakan GST, Hasan berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.

"Banyak perkara perlu diperhalusi sebelum keputusan dibuat. Saya percaya Kementerian Kewangan akan membentangkan isu ini apabila sampai masanya.

"Perkara ini  pasti memerlukan penelitian terperinci dan saya harap semua pihak perlu percaya pada kerajaan," katanya.

2 comments:

  1. Menteri kartun mana boleh pakai... Najib xda orang lain ke selain dari mamat kartun ni... Sehari kata xnaik esok minyak tu naik juga... Mamat ni bknnya najib nak jadikan menetri tapi saja nak pakai dia sebagai tempat suruhan...

    ReplyDelete
  2. Lek. Kepala bapak kalau kau kata gst untuk kepentingan rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa