Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 4, 2014

Nasiblah Ku Li Oiii......

Najib lebih dihargai jika menghargai Ku Li
June 4, 2014
Memandangkan Tengku Razaleigh masih hidup dan sihat, beliau adalah perakam sejarah sebenar yang bukan saja seharusnya dihargai oleh Najib dan negara
tengku_razPETALING JAYA:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan lebih dihargai jika beliau lebih menghargai tokoh yang banyak membantu kejayaan ayahnya bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin semua pihak mengetahui, dalam usaha membina persahabatan yang lebih kukuh, Tun Razak telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menjadi Pengerusi Pernas untuk mengetuai delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan di Guangzhuo pada tahun 1971.
Atas rasa besar hati dengan kedatangan delegasi perdagangan itu, Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menterinya, Li Xianian telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh.
Ujar Shahbudin lagi, hasil dari itu rombongan daripada China pula melakukan lawatan ke Malaysia dan ia menandakan negara itu telah mengubah pendirian lamanya serta mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dijalinkan hubungan baik.
“Tun Razak melakukan lawatan rasmi ke China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974 untuk membuka lembaran baru hubungan diplomatik Malaysia dengan China dan pada 31 Mei, Tun Razak bersama Perdana Menteri China, Zhou Enlai telah menandatangani perjanjian diplomatik antara kedua negara yang bertujuan menjalin dan memperkukuhkan lagi hubungan yang sebenarnya sudah pun bermula sejak ratusan tahun dulu lagi,” katanya dalam posting blognya yang terbaru www.shahbudindotcom.blogspot.com
Jelasnya, hasil daripada hubungan itu, China bukan saja merupakan antara 10 pelabur terbesar dalam Malaysia, bahkan merupakan rakan perdagangan dan pasaran eksport keempat terbesar bagi negara.
Katanya lagi, sementara Najib begitu menghargai hubungan 40 tahun yang terjalin itu, bahkan memilih 31 Mei juga untuk mengadakan lawatan ke China, sesuatu yang tertinggal ialah apabila beliau mengenepikan Tengku Razaleigh dalam sejarah yang amat bermakna itu.
“Memandangkan Tengku Razaleigh masih hidup dan sihat, beliau adalah perakam sejarah sebenar yang bukan saja seharusnya dihargai oleh Najib dan negara, bahkan boleh menceritakan pelbagai perkara tentang usaha menjalin hubungan itu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang lain,” katanya.
Jelasnya, sekiranya dalam lawatan ke China tempoh hari, Najib turut membawa Tengku Razaleigh bersama, ia tentu lebih memberi bermakna kepada negara dan Negara China sendiri.
“Selain Tun Razak yang selalu disebut sebagai memulakan hubungan diplomatik dengan China, Tengku Razaleigh juga antara perintis bagi membuka laluan persabahatan, perdagangan dan hubungan yang lebih erat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa