Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 4, 2014

Boleh Gulingkan Pemimpin Melalui Demonstrasi!

Nampaknya Mahathir tidak gembira Najib saman malaysiakini
Mahathir seolah berikan isyarat bayangan kepada najib walau pun beliau nafikan

'Boleh guling k'jaan dengan demo jika...'
mk - 4 Jun 2014
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin yang menindas boleh digulingkan melalui demonstrasi besar sekiranya ia tidak boleh dilakukan melalui undian.

Katanya, pemimpin yang tidak boleh dikritik akan "sedia melakukan perkara salah", dan proses demokrasi juga boleh disalahguna walau proses tersebut memberi ruang bagi rakyat menolak pemimpin melalui pilihan raya.

“Hanya dengan mengundi saja anda boleh menggulingkan seorang pemimpin, namun apabila demokrasi disalahguna dan mereka tidak begitu mengamalkan demokrasi, kita tiada cara lain untuk menggulingkan seorang pemimpin melalui pilihan raya.

"Kemudian, jika pemimpin itu sangat menindas, beliau harus digulingan dengan cara lain. Dan cara lain itu tentulah termasuk demonstrasi besar dan mungkin malangnya melalui pertempuran," kata Mahathir.

Kenyataannya itu sangat berbeza dengan pendiriannya sebelum ini berhubung demonstrasi jalanan, yang menurutnya boleh mencetus rantaian rampasan kuasa dan ketidakstabilan.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang siswa dan penjawat awam di Universiti Islam Antarabangsa hari ini.

Mahathir bagaimanapun dalam satu sidang media selepas itu menjelaskan, kenyataannya itu tidak bermaksud sebagai kritikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini menghadapi barisan pembangkang yang lebih berpengaruh selepas pilihan raya umum ke-13.

Najib, yang juga presiden Umno, dalam kapasiti peribadinya turut memfailkan saman ke atas Malaysiakini atas komen kritikal ke atasnya dari pembaca laman ini.

“Tidak, Najib juga dengar kritikan... Tapi jika pengikutnya sendiri tidak memberi memberitahunya bila ada perkara silap, mereka juga melakukan kesalahan.

“Pada masa saya, saya menghargai pembangkang. Anda perlukan pembangkang sebagai cermin diri, supaya boleh melihat wajah sendiri, sama ada buruk atau tidak," kata Mahathir.

2 comments:

  1. Salam Pak Din.

    of late, Tun. M ni "dah nyanyuk" ke apa dia ni?

    Isu/ benda yang sama, sekejap dia cakap ini sekejap dia cakap lain... apa daa!

    Betul ke dia hargai pembangkang masa dia at the top of power? Isyyhhh 3x !

    Moga dia bertaubat segera.. as we all always must do !

    ReplyDelete
  2. W'salam Hanz Azdi

    Bagi Pak Din sebenarnya dia ni dah nyanyok!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa