Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 13, 2014

Pada Aku Hannah Membuat Keputusan Bijak!

Sepanjang yang aku perhatikan Hannah jauh lebih bijak dari Pandekar Amin mengendalikan dewan
Pandekar Amin terlalu terikat dengan kehendak parti yang memerintah dan beliau gagal membebaskan dirinya

Pada aku isu Hudud ini tidak ada apa pun.......
Hanya diluluskan untuk dibahaskan di dalam DUN
Dan bagi ADUN pula berbahaslah apa yang patut
Sebagaimana kata Hannah 'Sebagai speaker saya bertanggungjawab dalam urusan dewan, jika DUN bukan tempat untuk berdebat, saya tidak tahu tempat apa lagi,"

Itu sebab aku kata pada Chew Mei Fun 'bodoh punya Cina'

Hannah Yeoh jawab kritikan, beliau speaker untuk semua, bukan hanya Pakatan
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 13 June 2014 | Updated: 13 June 2014 11:34 AM

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 13 Jun, 2014

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh, berkata beliau memberikan kebenaran usul hudud dibahaskan pada sidang dewan akan datang atas prinsip "berdebat sebagai budaya".
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya itu berkata, kapasitinya sebagai speaker DUN tidak seharusnya dipertikaikan kerana beliau perlu bersikap neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
"Sebagai speaker saya perlu ambil kedudukan yang tidak berpihak, bila saya pengerusikan sidang DUN, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat (PR).
"Perkara paling penting ialah sebagai speaker saya perlu adil dalam mempertimbangkan usul yang dikemukakan," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.
"Sebagai speaker, saya perlu neutral. Saya perlu adil berkenaan usul yang diserahkan," katanya.
Hannah berkata, Barisan Nasional (BN) Selangor menyerahkan empat usul dan beliau menerima tiga usul yang mana salah satu daripadanya melibatkan hudud.
"Sebagai speaker saya bertanggungjawab dalam urusan dewan, jika DUN bukan tempat untuk berdebat, saya tidak tahu tempat apa lagi," katanya.
Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik daripada Umno dilaporkan bercadang untuk membentangkan usul hudud, namun terserah kepada Yeoh sama ada menerima atau menolak usul itu untuk dibahaskan.
Tindakan beliau menimbulkan kritikan parti komponen BN dari MCA dan Gerakan, dan menggesa beliau menarik balik cadangan untuk membentangkan usul hukum hudud apabila persidangan DUN Selangor bersambung 16 Jun depan.
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, berkata beliau kesal dengan tindakan Adun itu kerana menunjukkan tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga sekarang.
Pengerusi Gerakan Selangor, David Ang Chin Tat, berkata parti itu membantah keras tindakan Kamarol Zaki untuk membentangkan usul berkenaan.
Kamarol Zaki dilaporkan menghantar usul berkenaan minggu lalu kepada DUN Selangor, dan meminta kerajaan negeri mengkaji kemungkinan untuk melaksanakan hudud.
"Saya percaya kita sangat bertamadun untuk ini (bahaskan hudud)," kata Yeoh.
Ditanya berhubung kritikan beberapa pihak, terutamanya parti komponen BN terhadapnya ekoran membenarkan usul itu untuk dibahaskan, Yeoh berkata:"MCA dan Umno perlu selesaikan sendiri hal mereka.
"Saya enggan masuk campur urusan mereka," katanya.
Yeoh berkata, beliau agak tersepit dalam hal itu dan perlu mengambil keputusan untuk membenarkan usul berkenaan dibahaskan.
"Saya tidak boleh menang dalam perkara ini. Jika tidak benarkan (bahas hudud), Umno akan kata saya anti Islam.
"Jika benarkan, MCA kata saya bermain dengan isu ini. Jika anda speaker apa anda akan buat?
“Saya hanya buat keputusan berdasarkan apa yang betul untuk DUN,” katanya.
Hudud sebelum ini ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan apabila pentadbiran negeri itu bersetuju membawa usul hudud untuk dibahaskan ke Parlimen.
Isu berkenaan membangkitkan reaksi pelbagai pihak yang membantah, termasuk parti komponen Pakatan daripada DAP dan PKR, serta MCA dan Gerakan daripada BN.
Umno bagaimanapun memberikan komitmen untuk melobi wakil rakyat mereka bagi menyokong perkara itu. – 13 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa