Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 4, 2015

Gah di luar, robek di dalam

Uruskan perkara di tanah air, bukan membuat ucapan gah di luar negara 
07:30PM Okt 03 2015
oleh Mike Tan

SEKILAS PANDANG: Kenyataan presiden bersama Cenbet Gan Ping Sieu baru-baru ini mengenai ucapan Perdana Menteri Najib Razak di Perhimpunan Agung PBB adalah sesuatu yang menarik.
Beliau menegaskan bahawa Najib pada dasarnya harus, mengamalkan apa yang diajar, terutamanya apabila tentang ekstrimisme.
Beliau berkata bahawa perdana menteri itu “seharusnya mengambil iktibar daripada ucapan beliau sendiri di Perghimpunan Agung PBB, terutamanya dalam memerangi ekstrimisme domestik yang telah menjadi berleluasa akhir-akhir ini”.
Beliau mempersoalkan rasional ucapan sebegitu, menyatakan bahawa walaupun dasar asing begitu sesuatu yang terpuji, ianya hipokrit jika kerajaan tidak mematuhi prinsip yang sama dalam negara kita sendiri.
“Dalam ucapan beliau, Najib telah berkata tiada keraguan terhadap keseriusan negara dalam memerangi ekstrimis militan. Lantaran itu, keseluruhan undang-undang itu harus digunakan ke atas ekstrimis yang menyemai kebencian dan perpecahan di kalangan kita,” kata Gan.
Adakah pengebom berani mati yang meletupkan kompleks membeli-belah dan orang ramai lebih membinasakan atau ekstrimis bangsa dan agama yang mengoyakkan fabrik sosial negara kita lebih membinasakan?
Siapa yang rakyat Malaysia harus lebih takutkan? Ini satu persoalan yang baik untuk difikirkan.
Ancaman yang mana yang lebih besar kepada masyarakat kita dan justeru memerlukan perhatian kerajaan? Kita berharap yang jawapannya jelas.
Gan menyenaraikan beberapa contoh untuk menggambarkan hujah beliau - yang kerajaan kita, terutamanya perdana menteri, harus lebih risau dengan perkara di tanah air berbanding membuat ucapan gah di hadapan dunia.
Lagipun, isu-isu dan insiden yang beliau sebut - rusuhan Low Yat, kecondongan kaum pasca-Bersih, perhimpunan baju merah, kontroversi berbangkit yang menyelubungi lawaran duta besar China ke Jalan Petaling, sekolah rendah jenis kebangsaan, dan sudah tentu, kenyataan kontroversi Jamal Yunos dan Annuar Musa - menghiasa dada-dada akhbar dan portal sesawang seluruh dunia.
Ini semua, kata Gan, satu petanda jelas bahawa pelbagai kumpulan dan individu sayap-kanan cuba untuk menegaskan pendirian tegas mereka, yang memudaratkan perpaduan negara.
Apa yang Gan harapkan kerajaan kita akan lakukan tentangnya?
Beliau berkata, “Kerajaan harus bertindak serta-merta ke atas elemen-elemen ekstrimisme ini, sesetengah daripadanya jelas sekali berniat jahat. Gagal untuk bertindak akan menggalakkan lebih banyak ekstrimis menyalahgunakan kebebasan bersuara, sehinggakan ianya menjejaskan perpaduan kita yang sedia goyah.”
Sekarang, berapa ramai rakyat Malaysia fikir yang ianya akan benar-benar berlaku?
Kerajaan telah membuktikan yang ia memandang sebelah mata kepada masalah-masalah ini, dan ketidakupayaan mereka untuk bersuara ke atas perkara begitu membuktikan yang ia pekak dan bisu.
Dalam semua kebarangkalian, kerajaan juga tidak mendengar nasihat Gan, ataupun orang lain.
Kerajaan tidak melihat sebarang kejahatan, tidak mendengar kejahatan, tidak bercakap tentang kejahatan, kerana tiada perkara teruk yang berlaku di sini di Malaysia.
Bagi kerajaan kita, kuning ialah warna ekstrimisme, dan rasis adalah pendatang yang tidak kenang budi yang seharusnya ditampar jika mereka cuba untuk komplen.

2 comments:

  1. Mat Bahalol nak perhatian saja

    Bebudak Badan Besar , otak nya biasa kechik dan bahalol

    Tak percaya kena Google tengok.... Standard Bah

    Badak Betina pon sama jugak


    Badan Badan Besar , hidup bawa taik nya saja ber kilo kilo setiap hari...

    Kepala Otak !!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa