Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 4, 2015

Bekas no 2 SB mahu Gani muncul, nyatakan pendirian



Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa untuk tampil ke khalayak supaya menjelaskan skandal berhubung hutang yang ditanggung oleh 1MDB bahawa beliau didakwa berkata ia sangat "jelas" sebelum dipecat.
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Abdul Gani kini "diam membisu seribu bahasa".
Berhubung pertemuan terakhirnya dengan Gani sebelum beliau ditukar, Hamid berkata bekas peguam ngera itu tegas mengenai kes tersebut.
Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".
"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu
"Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.
"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.
"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.
"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.
Gani - bekas peguam negara paling lama, ditamatkan khidmatnya ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas mengenai skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia merupakan sebahagian daripada siri tindakan oleh pentadbiran Najib termasuk mengambil beberapa orang daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk dimasukkan ke dalam kementerian.
Malah, Najib juga memecat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi bekas menteri kabinet Datuk Seri Shafie Apdal.
Beberapa anggota pasukan petugas khas yang lain turut dipindahkan dan ia termasuk Abdul Hamid.
Abdul Hamid sebelum ini mendakwa, selama 37 tahun adalah kerana kelantangannya dalam isu skandal 1MDB.

4 comments:

  1. INI SEMUA JENIS TAK ADA TELOR DAN BANYAK TERGOLONG DARI ORANG YANG BANYAK BUAT SALAH.TAKAN BEERANI NAK BUAT PENDEDAHAN

    ReplyDelete
  2. Dh kena suap dgn Najis.. lps blah kunci mulut & pi enjoy lps bersara!

    ReplyDelete
  3. Orang orang Melayu Islam semua nya pon

    Tapi tak ikut Ajaran NABI SAW , menongkat langit dan tak percaya kada qadar hidup

    Bahalol saja bila amanah di bayar dgn gaji elaoun cukai Rakyat tapi lari dari tanggung jawab

    Sudah KIOK kena seksa kubur lagi

    Bodoh saja hidup lama tapi amal se coit

    ReplyDelete
  4. dasar bangsat...macam ni la...keluar la dari penipuan wahai ghani...sebelum ter lambat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa