Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 14, 2015

Nik Abduh dan Hudud: Article lama tapi menarik.......

Saya tentang jika PM nak laksana hudud sekarang - Nik Abduh 
OLEH RADZUAN HASSAN DI PANDAN - 20 MAY 2015 (4 MONTHS AGO)

Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.
"Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.
Menurut anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, PM tidak wajar melaksanakan hudud kerana masih banyak soal maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan.

"Bagaimanapun, kalau nak laksanakan hudud di Kelantan, iya saya setuju kerana sudah 25 tahun bersedia ke arah perlaksanaan hukum hudud. Sepanjang pentadbiran Tok Guru (Nik Aziz) Kelantan sudah buat banyak persediaan dan beri Kelantan peluang melaksanakannya kerana ia amanah daripada rakyat kepada Kelantan walaupun ketika demokrasi cacat sekali pun," ujarnya.

Menurutnya, Kelantan sudah banyak kali mencuba membentangkan enakmen syariah tetapi gagal tetapi kali ini Dewan Undangan Negeri meluluskannya.

Jadi, katanya, beri peluang kepada Kelantan melaksanakannya.

"Ini tidak, kecoh macam Malaysia hendak melaksanakan hudud. Hudud ni di Kelantan sahaja kerana kami sudah bersedia," katanya sambil menekankan selain kefahaman tentang agama perlaksanaan hukum Allah juga memerlukan kuasa pemerintahan untuk berbuat demikian.

Menurut Nik Abduh, sekiranya alasan Kelantan negeri miskin, masalah kemiskinan tidak akan selesai sepenuhnya hanya kerana mahu melaksanakan hudud. Sepanjang pentadbiran Kelantan, negeri itu telah banyak membuat perubahan bersesuaian dengan Islam seperti menggunakan bank Islam bagi urusan kewangan negeri dan ia akhirnya ditiru oleh Putrajaya.

"Kelantan laksana cuti dua hari seminggu, dulu kata orang Kelantan malas sekarang tiru malah Malaysia sekarang paling banyak cuti," ujarnya lagi -- MalaysiaGazette

## NOTA KAKI:- Apakah KERANA semata-mata PAS nak buat.......maka suasana ini ini pun tidak diambil kira?.....Kata Abduh.....Kelantan sudah buat banyak persediaan dan beri Kelantan peluang melaksanakannya kerana ia amanah daripada rakyat kepada Kelantan walaupun ketika demokrasi cacat sekali pun....

Apakah ORG Kelantan sahaja yg ada AMANAH utk ditunaikan?
Apakah umat islam negeri lain tidak ada memberi AMAnAH utk HUDUD dilaksanakan?
Belit......belit!

4 comments:

  1. lepas ni lebai abduh sedekahkan parlimen pasir mas kepada encik berahim ali. lebai abduh boleh bertanding di parlimen gelang patah lawan limkitsiang. Pas+×÷-Perkosa = PASKOSA.
    seperti buku dengan ruas. seperti pinang dibelah dua.seperti kentut dengan tahi.seperti budu dgn tempoyak.seperti awey boceh dgn mek ssengeh. sama padan sama sendat.lepas ni mari lah kita bernyanyi dgn tuang presideng ; ya baiah ya baiah ya baiah yaa taklik ya ha na na ya ha na na tumpuk2 tahii untaaa.
    PASKOSA ...

    ReplyDelete
  2. mkasudnya kalau orang lain buat tak sesuai la? adakah Islam itu utk pas sahaja?
    saya semakin tak faham dgn dasar pas.

    ReplyDelete
  3. seingat saya, satu ketika dulu almarhum pernah kata 'kalau umno laksana hudud hari ini esok pas bubar'. kenapa anaknya cakap lain?

    ReplyDelete
  4. Pulak dah..tak pahe kawe..ghoyak mcm ular..dulu ghoyak lain..la ni lain pulok..bengong budak ni tak cerdik politik lagi..dah masuk perangkap umno..ini level ketua pemuda pas hancussss

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa