Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 21, 2015

Hoii.......Melayu mana tu? Kenapa sekarang baru ungkit?

Sejarawan pun sawan bila Penang di dalam cengkaman DAP!

Orang Melayu tidak lupa Pulau Pinang dirampas daripada Kedah, dakwa sejarawan 
Published: 20 October 2015 6:24 PM
Sejarawan mendakwa 2 perjanjian yang pernah ditandatangani Francis Light dengan Sultan Abdullah pada 1791 dan 1800 perlu disemak semula Pulau Pinang dan Seberang Perai patut dipulangkan kepada Sultan Kedah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015. 


Selepas lebih 200 tahun orang Melayu di Pulau Pinang dan Kedah masih ingat dan sedar akan dakwaan berlakunya tipu daya dalam cara pulau itu dan Seberang Perai 'bertukar tangan'.
Ahli sejarah Universiti Teknologi Petronas Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican mendakwa terdapat kisah yang menunjukkan wujud banyak kesangsian berhubung 'perjanjian" dibuat antara Francis Light dan Sultan Kedah ketika itu, Sultan Abdullah.
 "Kebanyakan orang Melayu di Pulau Pinang dan di Kedah tidak dapat melupakan apa yang mereka sifatkan sebagai 'rampasan' oleh Pulau Pinang dan tipu daya (berhubung perjanjian) dibuat oleh (Francis) Light. Wujud banyak kesangsian dan kejanggalan.
"Sultan Kedah merupakan raja berdaulat. Adakah Francis Light sama taraf?" soal sejarawan itu yang juga Timbalan Presiden Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Pewarisan) dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Murad diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof berhubung perjanjian pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai pada 1791 dan 1800
Kedua-dua perjanjian itu, katanya patut disemak semula Pulau Pinang dan Seberang Perai (dahulunya dikenali Province Wellesley) patut dipulangkan semula kepada Sultan Kedah. Cadangan Wan Shamsuddin itu, yang Murad gesa agar semua pihak mempertimbangkannya, bukan hanya berdasarkan pada sentimen semata-mata tetapi juga beberapa dokumen dan bukti. "Pulau itu dan Seberang Perai milik kesultanan dan Sultan Kedah, dari segi sejarah, sosial dan ekonomi.
Undang-undang Negeri Kedah terpakai ke atas pulau itu sebelum ia "dirampas' oleh Undang-Undang Common pada 1807," katanya.
Lagipun, katanya British tidak pernah memenuhi satu daripada syarat ditetapkan dalam perjanjian tersebut iaitu melindungi Kedah daripada serangan Siam (kini Thailand), fakta yang turut ditekankan oleh cendekiawan PSMCK Dr Ibrahim Bakar.
Ibrahim dalam temu bual  Bernama sebelum ini berkata perjanjian bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai dianggap batal dan tidak sah susulan kegagalan British dalam melindungi Kedah seperti termaktub dalam perjanjian itu.
Murad juga berkata perjanjian itu dimansuhkan pada 1957 apabila negara mencapai kemerdekaan daripada British dan Pulau Pinang serta Seberang Perai sepatutnya dipulangkan kepada Kedah secara automatik.
Malah, menurutnya pada 1955, Sultan Kedah ketika itu, Sultan Badlishah dalam sepucuk surat kepada British meminta supaya dipulangkan Seberang Perai yang baginda sifatkan sebagai sebahagian Kedah.
" Oleh kerana Light pernah menemui Sultan Abdullah Mukaram Shah dan Sultan Zainal Azilin Jiwa Muazzam Shah, telah menekankan tentang memori dan kesedaran Kesultanan (tentang perkara itu)," katanya.
Menurutnya, tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang atau mana-mana tuntutan terhadap kawasan sama ada dalam negeri atau antara negeri bukan sesuatu yang luar biasa atau mustahil dari segi perlembagaan dan politik.
"Sebagai contoh. Satu daripadanya ialah Hong Kong kembali kepada China. Kita pernah menyaksikan Dinding dan Pangkor dipulangkan semula kepada Perak. Dan di dunia, perubahan terhadap persempadanan di dalam dan antara negara boleh berlaku," katanya. – Bernama, 20 Oktober, 2015.

8 comments:

  1. Apa yang bangang sangat. Dah memang hak kita, maka kita tuntut lah. Tak kira la lani ka atau 100 tahun nanti.

    ReplyDelete
  2. kalau profesor itu ungkit hal itu, orang negeri sembilan pun nak ungkit juga le.....asal ada 9, sekarang ni tinggal 4 je, 5 lagi dah diberikan oleh british dahulu kepada orang lain....

    ReplyDelete
  3. Kenapa para ilmuan sejarah poltik tanah air orang melayu pulau pinang khasnya dapat melupakan akan mainan pengkhianat sekelumit pemimpin politik "melayu" negara bolih menyerahkan kepada gerakan walhal umno memang layak untuk mengambilalih ketika itu, apakah dipaksa lupa, dilupakan, melupakan,mesti lupa atau macam2 lupa lagi. Bila dah lepas kepada "gerakan" pastinya mereka tidak akan melepas semula kepada umno melayu, yg untung siapa?????

    ReplyDelete
  4. Ungkitlah juga macamana umno serahkan kepada gerakan suatu mssa dulu

    ReplyDelete
  5. Agaknya la kalau BN/Gerakan masih perentah Pulau Pinang ni mamak merikan nak keluaq ka kenyataan sebegini fikirla sendiri.

    ReplyDelete
  6. Bahalol Melayu tak akan pupus lah !!!!!

    Prof ini tak dapat gaji elaoun ke ?????

    Macam tak cukup saja...

    Kena belajar Pau Pau Pau kalau nak BILYON BILYON


    Nak harap Melayu bangun kan Pulau Pinang , habis semua Mat Kampau pon tak akan jadi punya

    BODOH !!!!!

    ReplyDelete
  7. Aduhai Pulau Batu Putih.....KTM TANJUNG PAGAR ...........PULAU PISANG BILA PULAK AGAKNYA !!!!

    ReplyDelete
  8. Ayoyoo ! Ayo Ma ! Ayo Pa !

    Kedah tua kini bawah Siam lagi luas dan besar wilayahnya mengapa tak dipaparkan oleh si Kang Kong ni.

    Pinang yg sekangkang kera mengapa jadi isu pula ?

    Ayoo Ma Ayooo Pa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa