JAKARTA: Tujuh pendaki yang merentas kawasan Gunung Lawu, Indonesia terkorban manakala dua lagi menderita akibat kesan lecur di tubuh apabila terperangkap dalam sebuah kebakaran hutan, kata pihak berkuasa pada Isnin.
Ketika kejadian itu berlaku, kumpulan pendaki itu sedang dalam pendakian di gunung yang terletak di perbatasan Jawa Tengah dan Jawa Timur tersebut pada Ahad, lapor AFP.
“Tujuh daripada mereka maut manakala dua lagi dalam keadaan kritikal kerana tubuh mereka mengalami kesan terbakar 50 peratus.
“Kawasan itu sebenarnya ditutup untuk aktiviti pendakian kerana sebelum ini terdapat beberapa kes kebakaran semula jadi akibat cuaca yang panas kering. Kami mengesyaki mereka menggunakan laluan tidak rasmi,” kata seorang jurucakap agensi Agung Lewis yang turut memberitahu kesemua mangsa telah dibawa turun dari kawasan gunung.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai identiti mangsa tidak diberikan.
Kebakaran tersebut turut dipercayai berpunca daripada unggun api yang tidak dipadam dengan betul, kata jurucakap agensi pengurusan bencana Sutopo Purwo Nugroho.
Walaupun tiada yang dilaporkan hilang, pasukan penyelamat terus memeriksa kawasan berkenaan untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang terperangkap di gunung tersebut.
Kes kebakaran hutan yang berlaku secara tiba-tiba adalah kejadian lazim di Indonesia ketika musim panas kering yang panjang.
Ketika kejadian itu berlaku, kumpulan pendaki itu sedang dalam pendakian di gunung yang terletak di perbatasan Jawa Tengah dan Jawa Timur tersebut pada Ahad, lapor AFP.
“Tujuh daripada mereka maut manakala dua lagi dalam keadaan kritikal kerana tubuh mereka mengalami kesan terbakar 50 peratus.
“Kawasan itu sebenarnya ditutup untuk aktiviti pendakian kerana sebelum ini terdapat beberapa kes kebakaran semula jadi akibat cuaca yang panas kering. Kami mengesyaki mereka menggunakan laluan tidak rasmi,” kata seorang jurucakap agensi Agung Lewis yang turut memberitahu kesemua mangsa telah dibawa turun dari kawasan gunung.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai identiti mangsa tidak diberikan.
Kebakaran tersebut turut dipercayai berpunca daripada unggun api yang tidak dipadam dengan betul, kata jurucakap agensi pengurusan bencana Sutopo Purwo Nugroho.
Walaupun tiada yang dilaporkan hilang, pasukan penyelamat terus memeriksa kawasan berkenaan untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang terperangkap di gunung tersebut.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa