Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 21, 2015

Pertanyaan salah seorang sahabat dari WhatsApp Group

Persoalan ini aku cnp tanpa edit

Seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid dalam keadaan bertanya-tanya, siapa khalifah mereka yang baru. Raja’ Ibn Haiwah mengumumkan, “Bangunlah wahai Umar bin Abdul-Aziz, sesungguhnya nama engkaulah yang tertulis dalam surat ini”.

Umar bin Abdul-Aziz bangkit seraya berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya jabatan ini diberikan kepadaku tanpa bermusyawarah dahulu denganku dan tanpa pernah aku memintanya, sesungguhnya aku mencabut bai’ah yang ada dileher kamu dan pilihlah siapa yang kalian kehendaki”.

Umat tetap menghendaki Umar sebagai khalifah dan Umar menerima dengan hati yang berat, hati yang takut kepada Allah dan tangisan. Segala keistimewaan sebagai khalifah ditolak dan Umar pulang ke rumah.

# Nota…….Kenapa UMAR mencabut BAI'AH dileher umatnya pada ketika itu? Tidakkah pada ketika itu menunjukkan BETAPA besar jiwa seorang pemimpin. Beranikah pemimpin PAS hari ini istiharkan hal yg sama dan beri kebebasan MEMILIH WADAH YG ISLAM adalah TIANG SERINYA SECARA MINDA DIMERDEKAKAN?
Apa makna BAI'AH pada ketika itu pada Umirul mukminin ini?

Apakah Tugas UMAR pada pertama kali menerima jawatan sebagai penjaga BAITULMAL?
1. Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran.

# Nota….Apakah ada tindakan dari para alim ULAmA dari PAS yg laksanakan atas CONTOH yg UMAr tinggalkan. Perbetulkan seranah,makian,Hinaan yg telah dibuat sebelum dan sehingga kini oleh pimpinan dan ahli serta pendokong PAS?

2. Merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal.

#Nota….Apakah telah ada HISBAH diwujudkan di Negeri Kelantan khasnya bagi menentukan salahguna seperti yg UMAR contohkan?

3. Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah.

# Nota….Apakah LANTIKKAN politik yg dibuat atas dasar seseorang ITU BERHAK keatas jawatan yg diberi atau kerana dia ORANG KITA?

4. Menghapuskan pegawai pribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

# Nota…Apakah ini dicontohi?
Apakah KAhalifah pada ketika sebelumnya TIDAK ALIM?
Jika ALIM,bagaimana boleh salah guna harta baitulmal?
Semuanya terjadi kerana mereka itu manusia

Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis “Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku” sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

# Nota……Jika Amirul Mukminin pun mengaku BELIAU bukanlah yg terbaik dikalangan yg ada....Tidakkah membawa maksud beliau sedar.......pemerhatian dan teguran pasti diperlukan?
Apakah PAS memberi RUANG TEGURAN BERLAKU TANPA MENJADIKAN PERTANYAAN ITU SEBAGAI SEBUAH PENGHINAAN KEPADA ULAMA?

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jabatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.

# Nota….. Berapa ramai hari ini pemimpin yg mendakwa sebagai ALIM tetapi bermewah-mewahan sedangkan MANGSA BAJIR masih lagi tidak sempurna kediaman mereka. Berapa ramai yg menangis takutkan AMANAH ALLAH?

Al-Hakam bin Umar mengisahkan, ”Saya menyaksikan para pengawal datang dengan kendaraan khusus kekhalifahan kepada Umar bin Abdul Aziz sesaat dia diangkat menjadi Khalifah. Waktu itu Umar berkata, ’Bawa kendaraan itu ke pasar dan juallah, lalu hasil penjualan itu simpan di Baitul Maal. Saya cukup naik kendaran ini saja

# Nota……Berapa pemimpin yg ada hari ini sanggup berhabisan apa yg dia ada atau menolak kenderaan rasmi dan dijualkan demi kepentingan RAKYAT sebelum PALASTIK DERMA BERLEGAR?

Amir bin Muhajir menceritakan bahwa Umar bin Abdul Aziz akan menyalakan lampu milik umum jika pekerjaannya berhubungan dengan kepentingan kaum Muslimin. Ketika urusan kaum Muslimin selesai, maka dia akan memadamkannya dan segera menyalakan lampu miliknya sendiri.

# Nota…..Berapa ramai hari ini yg telah menyalahgunakan HARTA RAKYAT sebagai harta PARTI ,Mengadakan mesyuarat PARTI di HARTA milik rakyat?

Abu Ja’far al-Manshur pernah bertanya kepada Abdul Aziz tentang kekayaan Umar bin Abdul Aziz, ”Berapa kekayaan ayahmu saat mulai menjabat sebagai Khalifah?” Abdul Aziz menjawab, ”Empat puluh ribu dinar.” Ja’far bertanya lagi, ”Lalu berapa kekayaan ayahmu saat meninggal dunia?” Jawab Abdul Aziz, ”Empat ratus dinar. Itu pun kalau belum berkurang.”

# Nota: Berapa ramai pemimpin hari ini yg sanggup  dedahkan harta milik mereka kini kepada RAKYAT. Ambil sahaja Kelantan...HUDUD mahu dilaksanaka....is ok...HISBAH tak mahu...Kenapa?
Kalaulah dengan hanya SEORANG ada sampai 8 Kereta......ULAMA?

# Nota pertanyaan ini perlukan JAWAPAn yg jitu.

NYAMUK MENGGIGIT

8 comments:

  1. masya Allah. peringatan utk kita semua. jk di kelantan pun dipersoalkan, bandingkan dgn pemimpin Islam di putrajaya. spt langit dan bumi

    ReplyDelete
  2. Kenapa pertikai pemimpin pas, kenapa tak pertikai pemimpin umno yg terus menerus mahu duduk dikerusi kepimpinan walau terpalit dengan seribu satu masaalah ???

    ReplyDelete
  3. Jawapannya
    DALAAM HATI KORANG ADA PENYAKIT YG SANGAT KRONIK, NAK ORANG JALAN BETUL KENA BETULKAN DULU PERJALANAN KORANG

    ReplyDelete
  4. Umar Ibn Aziz tak peluk amooi!!
    Umar Ibn Aziz juga amat membenci blogger pemfitnah macam kau!!

    ReplyDelete
  5. Ini cerita BAIAH BAIAH lagi nampak gaya nya...

    Mat Bahalol tak pakai BAIAH dah lahap BILYON BILYON sampai kan BON BON buat kan Juta Juta Rakyat suka derma sedekah 6% harian sampai KIOK


    Selamat 1 BAIAH !!!!!!!!!

    ReplyDelete


  6. IMAN Mem Bentuk..."Jiwa" DEWASA
    "Jiwa" DEWASA...Arif BIJAKSANA
    Suka Mem BERI...Bukan MEMINTA
    Suka Me LIHAT...Insan GUMBIRA


    Dewasa-BIJAKSANA...Matang SEMPURNA
    Tak Hingin Ter KINJAT...Nobat HINGUSAN
    Budak HINGUSAN...Di Umpan "GULA2"
    "Mabuk" HARTA ...Di Perdaya SETAN


    Budak HINGUSAN...Yg Tua BANGKA
    Di Umpan HARTA...Di Perangkap SETAN
    FITNAH Ponteng...U-Turn dan AUTA
    Per JANJIAN Setan...Wajib TUNAI kan


    Budak HINGUSAN...Akal nya CETEK
    Pantang Di TEGUR...Pantang Di LARANG
    Sumpah SERANAH...Merampus MEREPEK
    Ter Serlah BODOH...Ber Lagak GARANG





    Wahai Sahabat...Amanah BUDIMAN
    Jadi lah MATANG...Ber Lapang DADA
    Arif BIJAKSANA..."Men-Dakap" TUHAN
    "Men-Dakap" AMANAH...Erat SEMPURNA


    "Mendakap" AMANAH....Erat SEMPURNA
    Suka Mem BERI...Bukan Men CURI
    Mem BERI Itu....Sifat Yg"ESA
    HARUM Me Wangi...Mulia ABADI..


    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    MATANG itu...Luas SEMPURNA
    Mem BERI Ber Kongsi...Kurniaan TUHAN
    Nikmat"NYA Ber Tambah...Ber Ganda-GANDA..

    ReplyDelete


  7. IMAN Mem Bentuk..."Jiwa" DEWASA
    "Jiwa" DEWASA...Arif BIJAKSANA
    Suka Mem BERI...Bukan MEMINTA
    Suka Me LIHAT...Insan GUMBIRA


    Dewasa-BIJAKSANA...Matang SEMPURNA
    Tak Hingin Ter KINJAT...Nobat HINGUSAN
    Budak HINGUSAN...Di Umpan "GULA2"
    "Mabuk" HARTA ...Di Perdaya SETAN


    Budak HINGUSAN...Yg Tua BANGKA
    Di Umpan HARTA...Di Perangkap SETAN
    FITNAH Ponteng...U-Turn dan AUTA
    Per JANJIAN Setan...Wajib TUNAI kan


    Budak HINGUSAN...Akal nya CETEK
    Pantang Di TEGUR...Pantang Di LARANG
    Sumpah SERANAH...Merampus MEREPEK
    Ter Serlah BODOH...Ber Lagak GARANG





    Wahai Sahabat...Amanah BUDIMAN
    Jadi lah MATANG...Ber Lapang DADA
    Arif BIJAKSANA..."Men-Dakap" TUHAN
    "Men-Dakap" AMANAH...Erat SEMPURNA


    "Mendakap" AMANAH....Erat SEMPURNA
    Suka Mem BERI...Bukan Men CURI
    Mem BERI Itu....Sifat Yg"ESA
    HARUM Me Wangi...Mulia ABADI..


    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    MATANG itu...Luas SEMPURNA
    Mem BERI Ber Kongsi...Kurniaan TUHAN
    Nikmat"NYA Ber Tambah...Ber Ganda-GANDA..

    ReplyDelete
  8. tarbiyyah sentap untuk ulama perasan..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa