Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 14, 2015

PAS atau Iskandar yang lawan tokey?

Selepas ni akan adakah kenyataan yang Iskandar bercakap atas pandangan peribadi bukannya di atas kapasiti PAS Selangor?

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa
TMI - Published: 14 October 2015 8:14 AM
PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa, kata pesuruhjayanya Datuk Iskandar A Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.

Tidak sampai 24 jam selepas PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dilaporkan memeterai kerjasama membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu, ia menerima 'tentangan' dari dalam parti Islam itu sendiri.
PAS Selangor dalam satu kenyataan malam tadi berkata ia tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama antara dua pihak itu melibatkan 3 perkara.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata, walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS, "tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman".
"Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembleng untuk berdepan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa BN," katanya.
Petang semalam, Hadi berkata, PAS dan Perkasa setuju bekerjasama dalam 3 perkara, iaitu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, pihaknya menerima penjelasan daripada PAS Pusat mereka hanya menerima kunjungan hormat daripada Perkasa dan tiada persetujuan dicapai untuk menjalinkan kerjasama.
"Mereka membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA. Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan media," katanya dalam kenyataan itu.
Pada masa sama, setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menjelaskan lewat malam tadi, kedua-dua pihak yang bertemu di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam hanya bersetuju mengenai 3 isu itu saja.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob berkata Samsuri menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali, dan pertubuhan pelampau itu hanya membuat kunjungan hormat kepada Hadi saja.
Sehubungan itu, Zainulfaqar berkata, Amanah perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.
"Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri," katanya.
Sekiranya hendak mementingkan "politik kekuasaan" seperti Perkasa yang mesra dengan Umno dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita, kata Zainulfaqar. – 14 Oktober, 2015.

19 comments:

  1. Semua sudah pening di dalam PAS

    macam Janda meroyan jantan pulak

    Cuba lah ber fikir gaya ANINA Puteri Montok dari Langkawi lagi baik !!!!!


    PAS..... PAS....

    ReplyDelete
  2. Pas Selangor tolak kerjasama Hadi-Berahing.

    ReplyDelete
  3. Abe
    Siapa consultant hadi sekarang?
    Jangan jangan ahmad maslan kot.

    ReplyDelete
  4. fulus punya pasal terpaksa lawang presideng... bila G18 tak sokong presideng terus kena lesing... setandang kena tendang...

    sibduh nak buat hudud dikelantang, tp kalau najib nak buat hudud satu Malaysia dia nak tentang pulak... sanggup pecah pr sbb hudud juga... fening den...

    ooit pas, lu org ni ular byk kepala...

    ReplyDelete
  5. berpolitik kena cerdik sbb ia adalah persaingan untuk memenangi hati pengundi. satu satu parti potik itu mesti dilihat paling kehapadan dalam menangani isu-isu rakyat dan negara. tindakan presiden pas seolah-olah menandakan pas sedang terdesak. nak bekerjasama pun pilihlah rakan kerjasama yang dapat diterima oleh pengundi.

    ReplyDelete
  6. jk kerjasama dgn perkasa confirm tiada cina akan undi pas. iskandar jk bertanding di cempaka gerenti kalah. dah takut dah tu

    ReplyDelete
  7. Kasihan orang Melayu dari dulu, kini dan selamanya kena tipu. Nak harapkan nasionalis. Tak boleh pakai. Kaki sebat, balak, tanah, sawit, pangkat, gelaran, duit. Naikkan cukai, naikkan denda, naikkan kadar dan......turunkan nilau mata wang. Harap kan lebai, lagilah malang orang Melayu. Macam mana belit serban macam tulah kita dibelitnya, macam mana serban diputar macam tulah alam diputar. Kini pulak selera naionalis dengan lebai sama saja. Jaga nafsu perut, nafsu bawah perut, beli kereta besar, buat banglo berjuta-juta, bercuti diluar negara dan kahwin yang muda-muda!! Yang amatur jual air jampi, kismis, korma dan minyak urut serta wakaf Al Quran. Kasihan orang Melayu.... satu bangsa yang layu selayu-layunya!!!Itulah bahana tidak ada pendidikan dan tidak tahu cara berfikir berdasarkan Al'Quran dan Assunnah!! Belajar dan bergurulah dan jangan asyik yahanana,yahanana...na..na..na..

    ReplyDelete
  8. Iskandar adalah saki baki jebon parasit yg tak wala' pada tuan presiden. Bersiap sedialah wahai Iskandar & the geng. Tuan tuan akan termasuk dalam group 2nd batch yang bakal ditendang keluar dari pas kerana melawan ulama.

    ReplyDelete
  9. Aku kesian kat admin, demi menjaga hati tokey sanggup jadi penyebar fitnah dan melaga-lagakan orang. Sudah2lah tu sedara, lebih baik sedara jaga keluarga sedara supaya jangan ambil mudah pasal dosa dan pahala walaupun dosa itu sekecil-kecil zarah sekalipun. Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  10. Anon 4:05 PM

    Maaf yek......saya tak ada boss tak ada tokey. Maka tidak perlu jadi wala'un melalu, membuta tuli sehingga ketua yang berbohong, menyeranah dan berbelit pun dikatakan betul. Hey pakailah otak sendiri!

    Patuh dan percaya seratus peratus hanyalah pada Allah dan Rasulnya. Walau pun dikatakan Ulamak pewaris Nabi, Ulamak bagaimana tu? Ulamak macam Hadi yang tak berdiri sebagaimana janji, tikam belakang, cakap berbelit-belit, melabel orang sewenangnya. Nabi buat ker perkara begitu?

    Simpanlah kebodohan, jangan tunjukkan pada orang kita adalah tunggul yang tak tahu berfikir dengan betul!

    ReplyDelete
  11. Sedara Mountdweller, hati kamu sebenarnya tidak tenang dengan ulamak seperti TGHD dan TGHA pasal tu kerja kamu hanya memfitnah mereka. Boleh kamu bariskan apa yang mereka lakukan sehingga melanggar syarak? Pakai otak yang dikurniakan oleh Allah swt untuk perkara2 yang baik saja jangan pula perkara yang salah dikatakan betul. Kesian lah kat kamu mountdweller. Bila nak insaf agaknya?

    ReplyDelete
  12. Anon 5:24 PM

    Tak apalah sebab itu jerlah ratib yang diajar PAS. Fitnah....fitnah....fitnah!

    Menikam kawan dan berbecakap berbelit-belit tu ikut syarak ke?
    Memfitnah pil kuda melabel rakan dengan pelbagai label tu ikut syarak ke?

    Sudahlah.......kalau Nik Aziz memang aku tabik giler......tapi kalau Hadi mita maaf leer.....dia tidak ada krateria ulamak sebenar walau pun dia adalah Naib Presiden Ulamak Dunia.

    Dan......saudara tidak kenal saya sebenarnya dan nak tanya berapa ringgit saudara habis untuk Pas? Berapa lama masa yang saudara gunakan untuk PAS?

    ReplyDelete
  13. Hahaha syp trus dia.... Ilang kata kata

    ReplyDelete
  14. Mana anon 5.24 ni??
    hit n run je ke??
    hebat betul boleh tahu org tenang tak tenang..
    Bila buat kat org lain, berbakul hujah agama diputar.. bila kena counter, fitnah fitnah fitnah.. kahkahkah..

    ReplyDelete
  15. assalam pak Din.

    Rasenya kena jugak kita atau sapa-sapa antara kita tonjolkan seberapa banyak kesilapan akibat kelemahan kepimpinan, pendapat dia yang bukan saja khilaf biasa-biasa tapi yang sememangnya salah berdosa untuk kita taat akan dia @PAS !

    Demer tak paham-paham yg kita ni sebab ada rasa sayang, rindu dendam akan PAS ler kita dah highlight & tegur demer benda ni dulu lagi. Sayangnya its too late.. we go seperate ways now.

    Mungkin insyaAllah kita masih boleh memaafkan, berbaik & berkerjasama dalam hal tertentu di masa depan. Tapi buat masa ni semua patut terima hakikat perpecahan ni dengan hati terbuka & cari titik kebersamaan secepat mungkin.



    ReplyDelete
  16. Admin, berzikir lebih baik dari menjaja fitnah, berzikirlah sehingga hati menjadi suci, jangan tunggu hati suci baru nak berzikir. Kalau betul sedara ikut Allah dan Rasul 100% kenapa seara membiarkan anak kesayangan sedara tidak menutup aurat? Dan pula kenapa sedara membiarkan gambar anak sedara dilihat seluruh pembaca disini. Jangan pandang kesalahan orang lain sehingga kesalahan sendiri tidak terfikir. Itulah asyik dengan memfitnah orang sampai lalai dan lupa tanggungjawab. Insaflah sedara. Dosa tetap dosa walaupun kecil.

    Apa yang sedara bariskan diatas semuanya fitnah, pasal pil kuda tu yang mengaku diri difitnah dah dua kali diarah mahkamah supaya bayar kat TGHA, ternyata itu bukan fitnah. Tiada siapa yang tikam kawan dalam PAS melainkan golongan yang kecewa menikam TGHA dari belakang.

    Jangan diungkit lagi pasal TGNA, biarkan arwah bersemadi dengan aman.

    Pasal duit sedara yang didermakan kepada PAS, itu adalah saham sedara diakhirat nanti tak perlu sedara mengungkit sekiranya sedara ikhlas. Melainkan kalau sedara mengharapkan sesuatu balasan dari PAS bukan dari Allah swt.

    Insaflah sedara, jom ke Rusila bersemuka dengan Ayoh Chik dan memohon maaf darinya. Masih belum terlambat.

    ReplyDelete
  17. Bila plk isu pil kuda selesai dgn org tu kna byr kat haji hadi... Pelik juga si anom 10.25pm ni... Bila plk berita tu... Ke dtg dlm tidur dia.. Heran le manusia yg taksub manusia yg bukannnya ulamak baik mcm nik aziz...

    ReplyDelete
  18. Anon 10:25 PM

    Maaflah nak tanya.....berapa ribu anda berzikr sehari dan tarikat apa yang anda amalkan? Kalau boleh saya pun nak belajar

    Tentang duit tu bukan saya dan isteri derma dalam kopiah. Kami banyak gunakan duit sendiri untuk urusan pilihanraya bantu PAS pada tahun 90 dan sebelumnya. Saya pun bukannya jenis berduit tapi sasarannya tentulah kredit yang mencanak jumlahnya. Apa pun itu tidak apa, saya anggap sumbangan kerana Allah. Saya timbulkan pun kerana seolah anda mendesak.

    Tentang Nik Aziz, apa salahnya kita ungkitkan perkara baik yang beliau usahakan. Salahkah?

    ReplyDelete
  19. Admin,

    Tentang berzikir berapa ribu kali sehari antara kita dengan Allah swt je yang tahu tak perlu kita nak hebohkan amalan kita. Saya pasti sedara pun berzikir, tapi elakkanlah perkara yang mengaibkan orang lain. Publishkan juga perkara-perkara baik tentang Islam biar jadi pengajaran untum pembaca dan jadikan saham ia kita yang berguna kelak. Itu saja. Maaf sedara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa