Nafikanlah selagi mulut boleh bersuara
Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam isu UG
mk -
Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.
"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.
Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.
Beliau berkata Abdul Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali merancang untuk bertemu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan perpaduan.
Rancangan itu terhalang ekoran plan berkenaan dibocorkan dan ahli jawatankuasa PAS menentangnya dan bersemuka serta bertanya terus terang dengan presiden di ibu pejabat parti, kata Khalid dalam majlis itu di Dungun.
"Kita ramai-ramai pergi jumpa Ustaz Hadi di Jalan Raja Laut di Pejabat PAS. Maka kita bersemuka, kita tanya terus terang. Diakui nak jumpa Pak Lah. Kita tak setuju," katanya.
Akhirnya, katanya, pertemuan tersebut dengan Abdullah dan Khir dihadiri beliau sendiri, Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali dan Nasharuddin dan "kita tolak" cadangan kerajaan perpaduan itu.
Ia dipercayai bahawa Khalid merujuk kepada tempoh sejurus selepas pilihan raya umum ke-12, yang mana menyaksikan BN kalah majoriti kerusi di lima negeri termasuk Selangor dan perak.
Beliau mendakwa rancangan yang sama cuba dilakukan di Perak, seperti Selangor, PAS mendapat kerusi yang sedikit berbanding DAP dan PKR.
PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan di Perak dan Selangoor tetapi kerajaan Perak digulingkan pada 2009 ekoran ADUN PKR dan DAP melompat kepada BN.
Minggu lau, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan rancangan Hadi yang merancang untuk membentuk kerajaan kerajaan perpaduan di Selangor selepas PKR dan DAP menarik sokongan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu.
Khalid Ibrahim memegang kuasa selama dua minggu dengan sokongan PAS dan ADUN Umno selepas PKR dan DAP menggugurkan sokongan selepas beliau dipecat dari PKR.
Mengesahkan dakwaan Husam itu, Khalid Samad mendakwa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ditawarkan sebagai menteri besar kepada kerajaan perpaduan yang dicadangkan.
Khalid berkata berlaku selepas dua ADUN PAS menarik sokongan kepada Khalid yang menyebabkan sultan memanggil Khalid ke istana, katanya.
"Yang ditawar pada Azmin, bukan diberitahu kita. Kita AJK PAS pusat. Tiba-tiba kita dengar. Siapa yang beritahu? Azmin yang beritahu.
"Azmin terkejut. Dia beritahu pada Dr Hatta (Ramli) dan Dr Hatta beritahu kita dan kita bawa pada AJK PAS Pusat.
"Dia kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?' apa? Lalu benda yang dibuat. Dia (Hadi) tawarkan, bukan dia bincang dengan kita," kata Khalid Samad.
Kah kah kah .......... Sun Wu Kong ni pegi mana2 pun dia suka buat kacau. By the way begitu cepat masa berlalu tanpa disedari tup tap tup tap baru aku sedar wajah handsome admin telah pudar ...... begitulah hakikat kehidupan ...... jgn menyesal apabila dah berada di dalam alam barzakh !
ReplyDeleteHadi memang jenis tak berbincang.
ReplyDeleteDalam dia berbincang dan bersetuju,selepas itu dia akan kona,u turn,kononnya dia ada veto.
Rasanya dia perasan dia ada terima wahyu kut..
Den tak tau lah apa lagi label yang akan walaun2 PAS lontarkan kat Khalid Samad ni? Dulu apabila Khalid Samad melawat gereja mereka dengan biadapnya menggelarkan dia sebagai "Khalid gereja" seolah2 melawat gereja atas kapasiti sebagai MP adalah haram (tah mana hukum mereka ikut pun tak tau lah). Tapi bila Tuang Presideng mereka yang mereka dewa2kan pi gak melawat gereja, tak dak seekor pun berbunyi. Semua diam dan tunduk kat Hj Hadi seolah2 Hj Hadi je yang boleh lawat gereja (mendapat pahala) dan bila orang lain yang bukan taraf ustaz, berdosa gi lawat.
ReplyDeleteSekarang ni dah pecah tembelang Tuang Presideng yang khianat kat ahli2 PAS, khianat kat PAS dan khianat kat PR serta rakyat, dengan usaha sulitnya nak mungkiri perjanjian yang dia dah materai dengan PR dan rakyat, iaitu nak tidur sebantal dengan UMNO kat Selangor dan sudah semestinya mempunyai niat yang sama kat peringkat nasional. Sekarang ni pun dah dok sibuk nak jadi penasihat Najib dan BN serta sudah jalin kerjasama dengan samseng jalanan UMNO isitu PERKASA. Maka, walaun2 sekelian, apakah label yang layak kita sematkan kat serban Hj Hadi ni? Dia telah khinat ahli2 PAS yang undi PR sebab tak suka kat UMNO! Dia telah khianat PAS yang telah mengikat perjanjian dengan ahli2nya untuk duduk bersama PR menentang UMNO! Dia telah secara bersendirian membuat keputusan agar PAS bekerjasama dengan UMNO dan mengkhianati PR! Apakah label yang bersesuaian untuk orang ini? Jebonadi? Munafik berlori2? Agen UMNO? Ulamak lintang? Tok guru assobiyah dan kebangsaan? Ulamak Anti rakyat tapi rakan penyamun? Tok guru perselingkuhan yang anti musyawarah?
Tak sabar rasanya nak tau mana label yang walaun2 nak bagi kat Hj Hadi! Rasa2nya gelaran "mujtahid terulung islam abad ke21" tak dak sapa yang berani bagi kat Hj Hadi dan kalau ada pun mungkin si Berahim Ali, sahabat setia lagi jujur yang merasakan diri dia tu lebih suci dan tinggi tarafnya disisi Allah melebihi martabat Almarhum TGNA.
Nick.
Cape Tiger.
TGHH tak perlu sanggah pun akan dakwaan husam musa yg PAS pernah hendak bekerjasama dgn UMNO di Selangor demi kebaikan rakyat serta memenuhi hasrat sultan yg x mahukan MB wanita... memang kami sanggup bekerjasama dgn pelbagai pihak demi kebaikan rakyat jelata.. simple je benda nih.. nampak tak sekarang DAP tolak hudud..? jadi dah x nampak kebaikan utk rakyat kelantan yg dahagakan hudud jika terus bekerjasama dgn DAP.. so memang perlu malah dah sampai tahap wajib utk putuskan hubungan dgn DAP.. ini juga bermakna adalah tepat puak2 mengaku profesional disingkirkan masa muktamar yg masih dambakan perhatian DAP yg secara terang2an tetap bencikan hudud walaupun PAS sudah mengumumkan hudud bukan utk non muslim x spt sebelum itu.. kita dah berlembut tapi DAP masih berkeras.. ini sudah memenuhi ciri2 kafir harbi.. bijak sungguh bacaan politik ahli2 PAS ketika memilih pemimpin.. Syukur Alhamdulillah..
ReplyDeleteTapi wan Umno dah lama tolok hudud TAPI masih mahu centa dgn umno kenapa. Kalau dap tolak hudud tak heran kerana Dap tu kapir. Tapi lebai kamu tu masih ta hegeh hegeh nak bermasra masra dgn UMNO tu kenapa ?? jawab sat. jgn tenyeh aku pulak dgn kata kata kesat
ReplyDeleteal maklumlah
Akhir akhir ini ada Penyokong Pas yg kunun isle isle isle dah suka MENCARUT. Mungkin akibat pengaruh buruk pemimpin mereka yg SUKAAAA Mentolol, SUKAAA menjebon dan SUKAAAAA membarua kan jemaah dan sesama insan
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Semua bagi alasan untuk kebaikan RAKYAT! Pirah! Dah lapuk modal tu weh! Kah kah kah.. tuuih!
ReplyDeletewang ro$li ni tak habis2 dgn isu hudud.
ReplyDeletehudud dah ada dikelantang masa zaman almarahum TGNA tp dihalang oleh pusat dimasa mahathir.
hudud juga dah ada di tganu dan diperkenan oleh sultan masa zamang hadi lgi. knp hadi tak jalankan hudud masa dia mb tganu?
dimana hududnya dlm pindaan yg tak jadi dibentangkan diparlimen? tak jadi atau memang tak akan dibentang?
bukti munafiqnya pemimpin2 pas skrg. kata lesen balak dah lama dibekukan. tp bila disemak lesen masih dikeluarkan pd 2014.
janji nak letak jawatang mb kalau hudud gagal dilaksanakan. skrg kluk klek tak jadi sbb dah buat yg terdaya?
kesimpulannya: hudud hanya mainan utk menyingkirkan puak2 progresif yg menjadi penghalang hadi dan ularmak2 munafiq utk bergabung dgn umno.
1. AMAR - KO DAH BINA KE MASJID DI KG PASIR TUMBOH? BILA DAP KATA NAK TOLONG PENDUDUK BINA DULU, KO TETIBA KELUAR KENYATAAN KERAJAAN NEGERI DAH SEDIAKAN PERUNTUKAN. KESUSAHAN RAKYAT PUN KO NAK MAIN2...
2. DAH JAWAB SURAT2 YB HUSAM?
3. SIAPA RAZAK ABAS / RED CARPET?
4. KNP PLET PAS17 DULU DI ELYSION TP SKRG DI VELLFIRE?
Hadi lebih bersifat ulama su', ini yg Wan Rosli tidak sedar disebabkan kebengongannya sendiri. Lihat pada akhlak Hadi itu pun sudah jelas terlihat sifat ulama su'.
ReplyDeleteDisebabkan bengong melantun-lantun jugalah Wan Rosli mengatakan Hadi tak perlu sanggah kenyataan Husam. Ini menunjukkan Wan Rosli secara jujur telah bersetuju bahawa kenyataan dibuat Husam itu adalah benar, maka tak perlu disanggah. Apa perlu disanggah jika kenyataan Husam itu benar?
Simpan sajalah kebodohan kamu itu Wan Rosli, buat malu orang PAS macam aku nih.
Sudah2lah tu husam.. hanya melayu PAN shj yg masih simpati dgn kamu.. kalau kamu dapat simpati kami, pasti kami tak singkirkan kamu awal2 masa muktamar.. sila fikir dalam2 kenapa kamu disingkirkan.. kalau PAS yg berubah pasti kami dah humban TGHH... kami x nak jadi spt PAN yg berubah dari sokong hudud terus sanggup tolak hudud kalau DAP tolak hudud...
DeleteWan rosli agen omnu. Ulang-ulang 452,985,632,184,523,198,855,740,874,566 kali! Grrr, geram tul..
ReplyDeleteAku x geram pun.. yg aku geram kalau TGHH dihina tanpa ada bukti pun akan kesalahan beliau.. yg ada selama ini hanya tuduhan2 liar tanpa ditemani fikiran yg waras..
DeleteAku raso wan rosli ni munafik dlm pas. Ingat dlm pas tu takdak munafik ke? Haha. Ada munafik jenis vellfire minicooper rangerover. Haha. Hoi bila kelantan nk laksana hudud? Enakmen dah ada. Sultan dah perkenan. Salah dap ke? Apa alasan pas?
ReplyDeletePAS bukan bermain politik tika berusaha utk memperjuangkan hudud.. jgn amik ringan persoalan ini.. kalau perjuang hudud dianggap main2 bagaimana plk dgn menolak hudud oleh sestgh pihak? Adakah ini jg main2.. Kalau kamu main2 menolak hudud jgn nak disamakan dgn kesungguhan PAS perjuang hudud.. 'hebat' sungguh kamu ni memikir..
DeleteKalau PAS mulakan usaha hudud di peringkat parlimen, macam2 halangan yg timbul spt skrg iaitu DAP menolak hudud, lepas tu diikuti oleh PAN pulak menolak hudud sekiranya abg besarnya menolak hudud.. Sebab tu PAS mulakan di peringkat negeri terlebih dahulu.. cuba berfikir rasional bro.. carilah alasan utk laksana hudud bukan cari alasan utk menidakkan hudud.. kalau kamu benar2 seorg muslim la..
Daripada kesah2 di zaman Rasulullah SAW, memang terbuktilah wujudnya hukuman hudud di zaman Baginda serta para Khalifah selepas Baginda. Cumanya samada hukuman hudud itu benar2 dilaksanakan, ataupun ditangguhkan jika belum memenuhi syarat2 sah utk dilaksanakan.
ReplyDeleteKesah di atas sebenarnya memang selari dgn kenyataan TGHH sebelum ini bhw perlaksanaan hukuman hudud x boleh dilakukan selagi x cukup syarat (spt yg disebut oleh beliau dlm salah satu video yg pernah menjadi viral).
Masalahnya di negara kita, jgnkan nak dilaksanakan hudud, undang2 hudud itu sendiripun belum diwujudkan terutama di peringkat persekutuan. Spt yg kita sedia maklum di peringkat negeri kelantan dan terengganu, sudahpun termaktub undang2 hudud tersebut. Tapi utk boleh dilaksanakan, perlulah ianya terlebih dahulu selari dgn perlembagaan persekutuan. Utk mencapai matlamat perlaksanaannya, perlembagaan persekutuan perlu diubah melalui undian dua pertiga majoriti atau lebih di parlimen agar selari dgn undang2 jenayah syariah yg telah termaktub di peringkat negeri. Ini ramai yg sudah sedia maklum.
Bagaimanapun, kita haruslah terima hakikat bhw inilah yg sdg diusahakn oleh PAS skrg iaitu ke arah mewujudkan hukuman hudud sepenuhnya di negeri yg rakyatnya mahukan hudud dilaksanakan terutama di negeri kelantan. Ianya dimulakan dgn penyediaan undang2 hudud secara beransur2 iaitu bermula dgn RUU kecil jenayah syariah di peringkat persekutuan sehinggalah akhirnya (marilah sama2 kita berdoa agar dipermudahkan jua) termaktublah hudud itu menjadi undang2 persekutuan yg sah. Bila dah termaktub nanti, barulah ianya selari dgn peringkat negeri, maka bolehlah pula dilaksanakan di peringkat negeri2 yg mahukan hudud. Di negeri yg x mahu hudud spt di pulau pinang sbg contoh, x perlulah bertindak apa2 selain memerhatikan shj.
Mengenai perlaksanaan sebenarnya nanti, terpulanglah kpd kebijaksanaan pemerintah negeri samada cukup syarat2nya atau tidak.
Sbg satu contoh mudah, jika kita nak ke suatu destinasi yg amat jauh, mana mungkin kita boleh sampai ke destinasi berkenaan jika tanpa wujudnya kenderaan. Tapi jika kita sudah ada kenderaan barulah boleh kita pandu ke mana2 shj samada terus ke destinasi atau kita boleh shj berhenti di tgh jalan, malah boleh shj kita berpatah balik.
Pokoknya, bila kenderaan terlebih dahulu sudah wujud, terpulang pada kita arah mana pun kita nak tuju.
Begitu juga spt perkara hudud yg dibincangkan di atas, jika kita nak menjatuhkan hukuman hudud kpd pesalah merompak, zina dan sebagainya, mana mungkin kita boleh laksanakan jika tanpa wujudnya undang2 hudud itu sendiri. Tapi jika kita sudah ada undang2 hudud, barulah boleh kita laksanakan hukuman ataupun sebaliknya bergantung pd syarat2 tertentu samada boleh utk dilaksanakan ataupun sebaliknya.
Pokoknya, bila undang2 hudud terlebih dahulu sudah wujud, terpulang pada kita cara manapun kita nak laksanakan asalkan segala syarat sudah dipenuhi.
Sekian.. Wallahua'lam ..