KUALA LUMPUR 4 Nov - Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengkritik DAP sebagai 'takut dengan bayang-bayang sendiri' apabila mula beralasan berhubung isu debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini berikutan kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang tidak membenarkan Tony, yang juga Pengerusi DAP Selangor, menarik diri daripada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) hanya semata-mata untuk mengambil bahagian dalam debat berkenaan.
Ini adalah kerana siasatan PAC terhadap 1MDB masih berlangsung. Saddiq, menerusi akaun Facebooknya berkata, dia hairan bagaimana hal itu boleh terjadi sedangkan Tony adalah orang yang bertanggungjawab mencabar Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk mengadakan sesi debat berkenaan.
Graduan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga berpendapat, DAP seolah-olah cuba mencari jalan untuk tidak terbabit dalam debat berkenaan kerana bimbang akan tewas.
"Sama ada pahlawan anda memang pengecut, atau kubu pahlawan itu (DAP) dipenuhi oleh oportunis yang hanya tahu memberi cabaran tetapi tidak bersungguh-sungguh," kata Saddiq.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa Tony perlu menarik diri daripada PAC jika mahu terbabit dalam debat tersebut. Malah Pandikar juga berpendapat Arul Kanda perlu dilucutkan daripada senarai saksi dalam siasatan PAC.
Saddiq, 24, yang baru-baru ini sekali lagi dipilih sebagai Pendebat Terbaik Asia, antara generasi muda yang cukup lantang menyuarakan pendapat dan idea berhubung isu politik yang melanda negara. - sumber

Hmm..kau tlog gnti tony pua boleh?
ReplyDeleteBudak mentah ni mana tahu fasal politik? Atau otaknya jadi majal sebab nak cari makan, fulus fulus.... Tidak ada nilai ilmiah pun pandangan yang diberikan itu.
ReplyDeleteTakdak Tony dalam PAC, Najib boleh tidur nyenyak... sembelit Pendikar pun hilang.
ReplyDeleteDia ingat debat sekolah ke?
ReplyDeleteapa nak diharapkan dr graduan uiam yg punya pentadbiran kaki bodek. tak lain hanya inginkan publisiti murahan utk menarik perhatian penguasa zalim. ada can jadi menteri di jpm nanti kot?
ReplyDeletepakar undang2, Aziz kena tendang sbb kritik penguasa yg memang kepakaran dia.
Beb hidup baru setahun jagung jangan nak coment pasal politik malukan UIA
ReplyDeleteArul Kanda CEO 1MDB tu adalah seorang pendebat yg hebat. Arul adalah pemenang debat PPM sewaktu mudanya dlm lingkungan umur spt mamat diatas. Pondan nie nak ikut jejak langkah arul nampaknya.
ReplyDeleteNama pun mcam cerita p. ramlee..siddiq sigaraga..pendebat sebetulnya hanyalah cuma pandai berkata2 sahaja..tetapi suruh buat memang x tahu langsung..itulah dia kerja2 pendebat..
ReplyDelete