Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 4, 2015

Para Perokok tanak tunjukkan Najib exit door ker dalam PRU14 nanti?

Harga rokok pula naik


Harga pasaran rokok akan dinaikkan mulai tengah malam ini.
Kenaikan itu dibuat ekoran keputusan Putrajaya meningkatkan cukai eksais ke atas produk tembakau, lapor China Press.
Dalam kenyataan malam ini, British American Tobacco Malaysia (BATM) berkata rokok yang dihasilkan syarikat itu meningkat RM3.20 sekotak.
Kata syarikat berkenaan, peningkatan harga itu dibuat kesan daripada kenaikan cukai eksais sebanyak lebih 40 peratus.
Pengarah Urusan BATM Stefano Clini berkata industri tembakau mengalami kesan besar akibat peningkatan cukai rokok sebanyak 12 peratus hanya setahun lalu.
"Ini diikuti pula dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak enam peratus mulai 1 April tahun ini," katanya.
Rokok jenama premium seperti Dunhill, Kent dan Benson & Hedges - sebelum ini berharga RM13.80 sekotak - menjadi RM17 mulai 4 November.
Rokok jenama Lucky Strike pula meningkat kepada RM17.50 berbanding RM14.30 sebelumnya.
Untuk rokok jenama seperti Pall Mall dan Peter Stuyvesantm harga terbaru adalah RM15.50 berbanding RM12.30 sebelum ini.

3 comments:

  1. Jika perokok bersatu hati hanya menghisap rokok daun nipah atau pun vape selama setahun, itu sudah cukup baik. Jangan dibeli langsung rokok yang dikenakan cukai eksais tu. Baru padan muka, kutipan hasil cukai kerajaan pasti merudum. Tapi kena hati-hati dengan wang yang dapat dijimatkan itu, jangan simpan dalam mana-mana bank atau pelaburan kerajaan, nanti UMNO sure bikin kasi hangus serupa macam rokok juga.

    ReplyDelete
  2. tobiat burok hisap rokok tidak dihalang denagn bersungguh
    demi duit biar ramai tekorban
    kejahilan ibarat mayat bergerak pembunuh kehidupan
    jauihi lah dari tobiat burok ini
    kerjaang sepatutnay berkeras demi untuk kebaikan rakyatnya
    tapi ini nampaknya tidak dipedulikan sangat
    setiap penjawat awam yang baru diambil
    pastikan tidak hisap rokok
    perlu diajar jangan dibiar

    ReplyDelete
  3. Anon 9:51pm, hakikat yang sebenarnya kerajaan hanya berhendakkan hasil cukai, supaya pak menteri dan kroni boleh hidup mewah dan bergaya. Nak tampung hutang 1MDB serta kos mendandan rambut RM1,200 setiap kali dandan. Kemudian boleh tambah lagi jet eksekutif.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa