Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 11, 2015

Bodoh sombong?

Khalid: PAS tak faham keperluan pakatan tadbir S'gor 
Geraldine Tong
10 Nov 2015, 6:42 petang

Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, PAS tidak memahami sepenuhnya kedudukan mereka dalam membentuk kerajaan negeri Selangor dan tanggungjawab yang harus dipikul itu.
Khalid yang adalah bekas Timbalan Pesuruhjaya untuk PAS Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas penolakan parti Islam itu berhubung cadangan AMANAH supaya mereka menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjelaskan kekeliruan status kerajaan negeri Selangor.
"Saya merasa aneh bahawa mereka tidak melihat keperluan untuk parti-parti yang membentuk kerajaan negeri untuk mempunyai perjanjian antara mereka tentang apa yang mereka persetujui bersama.
"Malah kenduri di kampung pun, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dilakukan dan menyelaraskannya di antara satu sama lain, apatah lagi ini pula dalam kerajaan," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, katanya, reaksi berhubung cadangan AMANAH berhubung kerjasama dalam kerajaan negeri Selangor dibuat oleh mereka yang bukannya dari negeri itu.
Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang bersama kerajaan negeri Selangor akan memahami keperluan untuk perjanjian seperti yang dicadangkan oleh AMANAH dan menjelaskan kepada mereka yang jahil.
Keengganan PAS untuk bekerjasama dengan AMANAH dan DAP membayangkan bahawa parti itu mengutamakan agenda politik daripada menjadi kerajaan yang cekap dan berkhidmat dengan berkesan untuk rakyat, katanya.
"Mungkin mereka tidak faham bahawa cadangan AMANAH adalah untuk membantu mereka dalam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mentadbir Selangor dengan Pakatan Harapan.
"Ini mungkin kerana mereka terlalu curiga dengan niat kita. Kita tidak mempunyai masa untuk membuktikan kepada mereka mengenai keikhlasan niat itu," katanya.
Jika PAS boleh menolak cadangan yang munasabah seperti ini, Khalid berkata beliau tidak “melihat kebijaksanaan daripada golongan itu pada masa akan datang".

4 comments:

  1. Kah kah kah ........ Sung Wu Kong ni asyik buat kacau kalau permintaannya tak dipenuhi ........... sebijik mcm beruk kena belacan !

    ReplyDelete
  2. Iklas ke hapa tu mat sabu nak tawan kelantan pulak.ckp pas yg berbelit korang pun sama la pak admin

    ReplyDelete
  3. Puok2 ostad ni, lebih lebih lg mr presideng, mana pndai hal.hal pentadbiran!!

    Kasi kat mereka mikrofon utk ceramah atau usrah, pasti hebat melangit punya!??

    ReplyDelete
  4. Puok2 ostad ni, lebih lebih lg mr presideng, mana pndai hal.hal pentadbiran!!

    Kasi kat mereka mikrofon utk ceramah atau usrah, pasti hebat melangit punya!??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa