Kementerian siasat ustaz dari Kelantan dilantik pengetua di Sarawak
Ibu bapa dan Kumpulan Dayak menentang pelantikan itu kerana bimbang berlaku pertukaran agama dalam kalangan pelajar beragama Kristian di sekolah berkenaan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan menyiasat pelantikan seorang guru agama dari Kelantan sebagai pengetua di sebuah sekolah menengah di Sarawak yang majoriti pelajarnya berketurunan Dayak dan beragama Kristian.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanthan berkata, dia akan menyiasat mengapa guru agama berkenaan ditukarkan ke sekolah itu dan bersedia mempertimbangkan jika guru berkenaan merayu keputusan itu.
Dia memberikan respons itu susulan ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungei Paoh di pendalaman Sarikei membantah pertukaran pengetua berkenaan.
Ibu bapa dan kumpulan Dayak bimbang guru bergelar ustaz itu akan mempengaruhi anak-anak mereka menukar agama dan mendesak Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem masuk campur.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa