Najib jangan anggap menang debat sebagai penyelesaian kepada isu 1MDB dalam 6 bulan yang dijanjikan
Melihat gelagat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang tidak sabar-sabar agar debat 1MDB antara Presiden 1MDB Arul Kanda dan Ahli Parlimen DAP Tony Pua, PAS ingin mengingatkan BN bahawa debat ini tidak akan membersihkan masalah 1MDB dan kerosakan ekonomi dan ringgit yang dibawa bersamanya.
Kerana 1MDB, integriti Bank Negara Malaysia turut dipertikai. Siasatan 1MDB yang tergendala menyebabkan imej SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara terus kekal sebagai instituti berkuasa yang tidak bebas dan terkongkong. Ini menyebabkan runtuhnya sistem pengawasan dan keseimbangan (‘check and balance’ ) terhadap mereka yang diberi kuasa untuk memerintah negara.
Tukang lapor dan pertikai 1MDB menghadapi masalah diburu pihak berkuasa. Mereka yang menyebabkan 1MDB meninggalkan hutang berbilion untuk ditanggung kerajaan dan rakyat belum lagi disoalsiasat. Antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Jho Low, Nik Faisal Arif Kamil (Pengarah Urusan SRC International serta Datuk Suboh Md Yasin (Pengarah SRC International Sdn Bhd).
Pada 22 Oktober lepas, Najib berkata Nik Faisal dan Suboh sedang membuat perancangan untuk ditemubual oleh SPRM. Sehingga kini tiada apa-apa berita mengenainya.
Begitu juga dengan Jho Low. Nampaknya tiada pihak berkuasa yang berani memanggil Jho Low untuk memberi keterangan termasuklah Pengerusi baru Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin.
Pada masa yang sama, Datuk Hasan Arifin berkata PAC akan memanggil Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, mantan ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Ibrahim Halmi, serta beberapa lagi pengarah syarikat berkaitan 1MDB. Namun, tarikh ini belum ditetapkan lagi.
Apakah Arul akan bertemu PAC dahulu sebelum debat atau selepas debat? Jika debat dahulu, apakah Arul akan menggunakan jawapan ‘perkara ini sudah dijawab ketika debat dengan salah satu ahli PAC’ ketika ditemubual oleh PAC? Jika debat kemudian, apakah Arul akan menggunakan peluang debat itu untuk mengelak memberi jawapan dengan berkata ‘jawapan ini sudah dinyatakan ke PAC’?
Apapun, debat ini akan diikuti umum. Ada yang mengharapkan kemenangan di debat ini akan menghilangkan segala tuduhan tidak terjawab dan impak 1MDB di dalam negara. Sebagai peringatan, ada 41 hari sahaja lagi sebelum tempoh 6 bulan yang dijanjikan Najib untuk menyelesaikan masalah 1MDB akan tamat. Diharap Najib tidak menggunakan kemenangan debat ini sebagai penunaian janji bahawa masalah 1MDB telah selesai. Hakikatnya, masalah 1MDB tidak selesai di satu debat.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 November 2015
Dihantar oleh: unitmedia_bppnp
TITM ni hanya menyibuk tentang debat, pada hal Tony Pua itu bukannya orang PAS. Sepatutnya TITM cadangkan supaya jaguh debat dari PAS, seperti Nik Abduh contohnya berdebat dengan Arulkanda dalam sessi yang lain. Jika hendak diharapkan Hadi, nanti katanya ikut suka dialah nak berdebat atau tidak.
ReplyDeleteKenyataan pimpinan pas dah tak relevan masakini..
ReplyDeleteHurai la berkoyan pun,nanti tuang presideng kasi veto semua kena walak