Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 3, 2015

Hahaa......ruponyo hok tok pakai serban tok gila ke pitih, hok pakai serban?

Husam Persoal Kenaikan Elaun ADUN Ketika Rakyat Kelantan Menderita

Kenaikan Elaun Adun dan Penderitaan Rakyat/Tunggakan Bayaran


Saya kagum dengan keberanian Kerajaan Kelantan.

Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.

Saya faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima kenaikan ini - kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.

Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji.

Inilah yang dinamakan dilema keutamaan pilihan.

Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu dinaikkan lebih tinggi lagi!

Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan, mungkin pilihan terbaik ialah tindakan reverse - memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat. Tetapi nampaknya sukar.

Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Tmb dan juga MB.

Sama-sama naik.

Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan.

Jika tidak, guru YIK akan terasa hati. Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan).

Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?

Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru?

Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.

Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki.

Selain itu, laporan Bernama bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.

Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan.

Husam Musa
21 Muharam 1437/
3 November 2015

ULASAN GB

Datuk Husam Musa tidak dapat bersama di dalam sidang DUN Kelantan pada 2 & 3 Oktober kerana terpaksa menghadiri satu kes di mahkamah.

Mengenai isu kenaikan elaun ADUN dan tunggakan hutang kerajaan kelantan terhadap kakitangan YIK, GB sudah ulas semalam. Berikut ulasan GB:

Amat ketara kerajaan negeri Kelantan selepas era TGNA kini sudah "tidak membangun bersama Islam" apabila mementingkan kocek dan perut sendiri apabila meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan sedangkan tunggakan bernilai RM14.6 juta kepada guru-guru dan kakitangan YIK tidak dilunaskan terlebih dahlu.

Di bawah pentadbiran baharu selepas TGNA, kerajaan Kelantan sudah tidak takut dengan dosa. Slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM hanya kosmetik untuk memperdaya rakyat sedangkan hakikatnya pemimpin kerajaan negeri Kelantan lebih mengutamakan kebajikanwakil-wakil rakyat untuk hidup bersenang lenang di atas kesengsaraan, penderitaan dan airmata rakyat.

Ini belum lagi ditinjau keadaan rakyat yang menderita yang masih tinggal di khemah-khemah akibat daripada kesan banjir yang melanda Kelantan pada tahun lalu.

Betul-betul manusia tak berakal. Kejam dan zalim! Tidak tahu nak mengutamakan apa yang utama. Dah setaraf dengan UMNO.

Apakah ini wajah kerajaan Islam yang ingin ditonjolkan oleh Kelantan? Sebelum ini kerajaan Kelantan sibuk dengan pembentangan hudud. Katanya itu hukum Allah yang perlu ditegakkan dan perjuangan itu perlu diutamakan sedangkan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof AL-Qardhawi telah terang-terang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud!".

Sekarang mana hududnya? Ditipu dan diperdaya oleh UMNO. Hudud hanya agenda politik kumpulan ulama PAS untuk mengenepikan profesyional semasa muktamar yang lalu. Dan isu hudud hanyalah untuk menutup kelemahan, kebobrokan dan kebodohan pimpinan PAS Kelantan mentadbir negeri.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kerajaan PAS Kelantan tetap akan menerima hukuman berat dari Allah swt. Yakinilah!
SISIPAN 
Bukan kata nak letak jawatan lantaran gagalnya hudud terlaksana di Kelantan sepertimana yang dijanjikan, malah usul pula naik gaji MB sehinggan RM10,000.

3 comments:

  1. Husam tidak memerlukan kenaikan elaun sebegitu mewah, hanyalah kerana dia tidak memakai serban bergumpal untuk meletakkan duit di situ. lagipun Husam tidak memasang macai persis WR untuk ditaja. Bagi yang pakai songkok pula, masih ada ruang untuk menyelit duit di celah songkoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu..yg berjubah lagi banyak poket rahsia..
      Kahkahkah..

      Delete
  2. Nilah dia puak2 yang mengaku pewaris2 nabi! Nilah puak2 yang mengaku mencontohi dan menteladani Khalifah Umar Alkhatab dan Khalifah Umar Abd Aziz yang mendahulukan rakyat dan zuhud dalam kehidupan. Nilah dia puak2 yang mendabik dada mereka berupaya mensejahterakan negara kerana merekalah pewaris nabi! TAPI dengan tingkah laku yang gopoh, bertindak sebelum berfikir, akhlak yang hodoh, tidak islamik serta langsung takdak IQ mahupun akal, ada ke rakyat Mesia ni yang percaya dengan pengakuan mereka2 ni? Negeri Kelantan dibawah Almarhum TGNA yang selama ni tidak banyak membuat hutang dan berhemah dalam berbelanja pun dah nak terlingkup ditangan puak2 yang otak dilutut dan siku.

    Dan sekarang mereka mendakwa mereka boleh menjadi penasihat kepada negara dalam hal2 yang mereka sendiri tak arif mahupun faham? Apakah yang pimpinan PAS boleh cadangkan untuk menyelesaikan masalah 1MDB sedangkan mereka sendiri tidak amanah apabila gagal menyelesaikan msalah tunggakan potongan gaji kakitangan awam mereka? Masalah itu bukanlah masalah birokrasi tetapi masalah pecah amanah dan tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pentadbir! Bagaimana mereka ini mahu menasihatkan kerajaan tentang GST serta kenaikan kos sara hidup rakyat apabila mereka sendiri bertindak menghalalkan perompakan hasil2 negeri seperti balak untuk kroni2? Bagaimana mereka mahu menasihati kerajaan tentang "rule of law" serta keadilan sejagat sedangkan mereka2 ini suka menghukum sebelum perbicaraan dijalankan, mereka juga suka menindas pihak2 yang tidak sekepala tanpa belas mahupun batas? Bagaimana rakyat boleh yakin akan cadangan2 mereka sedangkan mereka sendiri selalu berpatah balik dalam membuat keputusan malah sanggup berdolak dalik bagi mengelak untuk bertanggungjawab atas apa yang mereka katakan dan perbuat?

    Rumusannya, adakah rakyat Mesia boleh pakai cakap2 orang2 yang suka membelit, tidak amanah, tidak pandai mentadbir serta gagal sebagai manusia yang berintegriti dan bertanggungjawab apatahlagi jika dilihat dari sudut seorang muslim yang bergelar ulamak? Pada hemat saya, Najib dan pemimpin2 PAS ni adalah sama, tiada beza dari segi cintakan kemewahan dan suka publisiti walhal langsung tidak cerdik, tidak berintegriti sebagai pemimpin dan amat kurang sekali penghayatannya sebagai manusia yang berserah diri kepada Allah. Pemimpin PAS mungkin hanya menang dari segi pakaian mereka yang mengikut sunnah, itu sahaja. lain2 ciri muslim mahupun ulamak, kedua2nya mengalami defisit yang amat banyak! kedua2 Najib dan PAS ni buat menghabiskan boreh jo!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa