Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 12, 2015

Di maqam manakah kedudukan mereka ini sehingga begini?

Wah begitu bersihnya mereka dan parti mereka
Tuduhan atau terangkan kedudukan sebenar?
Kalau fitnah mestilah berdosa. Tak kiralah mereka pemimpin atau sesiapa saja tapi kenapa disebut pemimpin saja..........pemimpin UMNO bagaimana?

Tak sekat kritikan konon..........tapi kenapa Husam dihalau?

Tuduhan ke atas pimpinan Pas satu dosa
 | November 11, 2015
Tuan Ibrahim menegaskan ahli parti yang yakin dengan perjuangan Pas tidak akan mengeluar kenyataan yang menimbulkan fitnah
tuan-ibrahim-pkr-dap
PETALING JAYA: Pas tidak menyekat sebarang kritikan atau komentar kepada pimpinan parti, namun ia perlu mengikut saluran dan disiplin parti.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli yang beristiqamah tidak akan mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan imej parti.
“Kenyataan berupa tuduhan hanya akan mengundang pelbagai persepsi yang tidak tepat akan membawa kesan dan dosa yang berpanjangan.
“Lebih bahaya bila mana ia akan mengundang pelbagai tulisan yang hanya menyambung benih fitnah tersebut. Bukan itu sahaja, masa untuk parti bergerak ke depan juga terbazir,” katanya.
Kenyataan Tuan Ibrahim itu dikatakan mempunyai kaitan dengan dakwaan bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata ahli dan seluruh jentera perlu fokus kepada usaha untuk memperkuatkan parti bagi mengekalkan reputasi parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Masa, tenaga dan kewangan lebih elok dilabur di tugas-tugas membantu parti kerana itulah erti pengorbanan dalam tarbiyyah,” ujarnya.

11 comments:

  1. Perangai dah sama mcm si Najib dl umno.
    dia buat kesalahan...nak paksa org bawahan sokong..

    ReplyDelete
  2. Alahaiii PAS cai..
    Psl kena tanya sket jer dah kuca lanaa.
    Nak jaga negara cmaner neh.
    Almarhum tuk guru lbh 20 thn rilex jer menjwb.
    Lain kali lantik wan selee jd tukangjwb rasmi parti.
    Kih kih kih.

    ReplyDelete
  3. Kan bagus kita biarkan ahli2 PAS tentukan saf kepimipinan mereka sendiri.. x payah org luar kacau.. PaS pun jgn kacau saf kepimpinan parti lain.. ini yg menyebabkan aku sayang sama parti dan presiden PAS.. dulu sblm muktamar pun dah kena kacau tapi masih bertahan. Terkini nak kacau lagi.. agak2nya setiap 6 bulan kot kena kacau sampai next muktamar.. tapi x pe kita tetap istoqomah dgn PAS.. pasti Allah bantu hindarkan segala gangguan termasuk dari DAP dan balacinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang parti dan presiden yang masih hidup akan membawa ke neraka. PAS tidak disebut dlm al-quran dan hadith nabi sebagai parti yang sah pembawa islam. Islam itu diukur berdasarkan keimanan. Pas dan President bukan maksum, setiap kesalahan perlu ditegur. President perlu memohon ampun kepada Allah S.W.T, merendahkan diri dan memperbaiki yang mana silap. Umar al- Khattab r.a diantara para sahabat yang dijanjikan syurga tetapi setiap hari masih bertaubat memohon keampunan tuhan nya dgn merendah diri meminta rakyatnya menegurnya jika silap.
      Jadilah seperti Umar -pemimpin yang merendah diri, jauhi diri menghampiri sifat golongan yang sombong dan bongkak dengan harta dan pangkat.

      Delete
    2. Wan Rosl....nko kata sebelum pemilihan PAS dikacau. Nko dah xde telo ke nak sebut secara jelas DAP yang kacau pemilihan PAS. Katakan juga secara terang geng mat sabu ditaja DAP...Nko ade bukti? Bukti nko hanya statement mulut sahaja....msna hard evidences?

      Nko hanya tuduh tanpa bukti sahih. Nko tahu apa tuduhan org tentang puak HH semasa prmilihan?. Puak UG menetima dana sebanyak RM 6 juta dari UMNO untuk digunakan dalam pemilihan lepas....nko nak putar belit macamana dgn tuduhan ini?....nko boleh tuduh org tanpa bukgi sahih, meh kita tengok camne nko nak putarbelit tuduhan terhadap puak presideng kesayangan nko..

      Delete
    3. Sifat kewanroslian membuatkan hati masih buta sedang khalayak umum dan orng ramai telah nampak dan tahu akan feel tuang presidengg yg debenar.lambatnyaaaaa. pru akan datang.

      Delete
  4. Hebat anon 1.15 ..... dia tahu siapa yg masuk neraka ........ ni dah tahap babooon gila mengatasi wali2 ni ! Anyway kau tu mmg confirm ke syurga tanpa disaring oleh neraka terlebih dahulu ? Berbanding dgn kau aku lebih yakin Pas dan presidennya akan membimbing ke arah kebenaran tapi dia dikutuk krn satu shj iaitu tak ikut kehendak org2 spt kau dan balaci2 Dap hingga melanggar batas2 agama ! Adapun kau tu sapa ...... entah jin entah syaitan yg membisikkan hasutan2 !

    ReplyDelete
  5. Wan Rosli tu terlebih kemelayuan dari Islam tu sebab nya hati nya buta,

    ReplyDelete
  6. Istiqamah sampai licin.
    Walak sampai bodo supo wan rosli aka hanjing.
    MEMBALAK BERSAMA ULARMAKcai.

    ReplyDelete
  7. setau aku, masuk neraka lebih mudah dr masuk syurga. nak tau ahli neraka tak perlu jadi wali sbb al-Quran dan hadis ada sebut.

    1. tak solat masuk neraka. tp ada org solat tp masuk neraka juga.
    2. minum arak masuk neraka.
    3. tipu, fitnah org masuk neraka.
    4. tuduh org tanpa bukti sahih masuk neraka. cuba lihat brp ramai pemimpin2 pas yg tuduh fitnah PAN.
    5. berzina masuk neraka.
    6. berjudi masuk neraka.
    7. jual agama masuk neraka - ulamak2 jahat yg tak amalkan apa yg diajarkan.
    8. sombong riak ujub semua masuk neraka.

    cuba fikir dimana kebenaran -

    1. fitnah calon2 pkr dgn pil kuda kominis stalin.
    2. label geng progresif dgn berbagai penghinaaan.
    2. setuju nak bentang ruu akta 355 dlm mesyuarat PR tp tipu dan terus bawa ke parlimen
    3. setuju dlm mesyuarat PR bhw mb Selangor utk PKR tp hantar senarai nama ahli2 pas ke istana
    4. sokong khlaid wlpn tlh dipecat oleh PKR rakan pas dlm PR.

    dan lain lain. wallahu a'lam

    ReplyDelete
  8. assalam sdr. Wan Rosli

    Apa yang saya nampak banyak yang saudara ingin luahkan. Jadi sekiranya saudara ingin menulis, sila hantar ke email saya ni. mountdweller88@yahoo.com

    Insya Allah sekirang tidak melangkaui undang-undang saya akan publishkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa