Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 11, 2015

Hahaa.....Contoh demokrasi dan maksumnya pemimpin mereka

Dewan Ulama tunjuk jalan keluar pada Husam


Ekoran kelantangannya mengkritik presiden PAS, Dewan Ulama parti itu menyarankan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa keluar parti.
Ketua dewan itu a Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) malah mencadangkan Husam menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), lapor Sinar Harian.
“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?" beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
“Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam AMANAH.”
Husam pada 6 November lalu mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengaku cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Sebagai reaksi, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kemelut dalaman yang melanda parti Islam itu kini bukan disebabkan Hadi.
Sebaliknya, kata Amar, ia berpunca daripada sikap anggota parti itu sendiri terutama pemimpin yang tewas dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu.
Umno Selangor pula menafikan dakwaan itu selain mempersoalkan logik dakwaan Husam itu.
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berkaitan gesaan Dewan Ulama PAS supaya beliau keluar parti itu.

10 comments:

  1. Replies
    1. Ini ijtihad ulamnak2 jadi2an. Pas itu Islam, Islam itu Pas @ Hadi itu Islam, Islam itu Hadi.

      Delete
  2. Susah cakap dgn parti org2 tua walaon neh..
    Cakap ulang byk kali pun tak paham...
    Otak dah tertutup.
    Tak boleh nak terima pembaharuan.
    Minda beku. Statik.
    Punah-ranah.

    ReplyDelete
  3. Inilah dia gaya pemimpin parti Islam yang autokratik dan macam Mullah di Iran ! Tak belago angin dan bercanggoh pandange sikit ambak tubek slaluu..ajok berdebat tok berapo buleh gi...hujjah tok kuat. Patut hambat tubek presideng dan kuncu2nya termasuk Mahfoz KDU sendiri yang bersekongkol nak tubuhkan kerajaan UG dengan UMNO di Selangor. Kalau benar apa yang YB.Husam kata maka jelas sekali lah presideng dan ustaz dalam PAS memang kecek blawok dan menipu ahli bawahan utk nak jaga kuasa demi ekonomi dan perut..sapa ari ni presideng PAS senyak ssunyi sepi ssedu...tokleh nak nafi apa yang YB Husam dedahkan...

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya golongan ularmak ini dengki dan cemburu kpd keaktifan golongan spt husam. Pas semarak krn golongan pro. Sbelum ini rakyat tak kenal pun mahfodz apatah lagi jasa dan sumbangan besar unt pas maju. Benarlah walaupun bstatus org agama, mereka ini msh memiliki skeping hati hitam. Sbb itu Allah tidak lg mberi kmenangan.

    ReplyDelete
  5. pas dah berasa bagus dan amat kuat sekarang..

    ReplyDelete
  6. Kalau husam fitnah..saman lah dia..

    ReplyDelete
  7. berserban tp berperangai buruk.

    kalau jadi pm mungkin lagi teruk dr Mahathir dan najib. mungkin peristiwa memali akan diulang. mungkin ramai yg kena sosma.

    dah tua pun tak faham agama. tak pandai bezakan isi syurga dan isi neraka.

    puluhan tahun hadi solat tunggang tunggik tp perangai tak mencerminkan dia tu bersolat.

    Apa makna kalau solat seseorang tidak menjauhkan dia dari perangai buruk?

    woi mahfoz! ko rasa brp lama lg umo ko?

    dlm surah zalzalah, apakah perbuatan yg sebesar zarah? itulah sekecil2 pahala dan dosa.

    adakah perlakuan hadi mengkhianati, memfitnah, melabel insan itu sebesar zarah?

    ReplyDelete
  8. Kalu ambo panggil Parti Ajaran Sesat demo marah ko ambo.Pah nak panggil gapo lagi boss?
    Orang tanya dia kata fitnah la kritik ulamak la....jawab hok huse tanya gak dulu..rakyat kelate dok tunggu jawapan tuan presiden.

    ReplyDelete
  9. Balik n ngajar kitab di masjid2 dan surau2 rasanya lbih mulia drp memberi sokongan kpd ketua yg berperangai buruk; membaruakan orang, menololkan orang dan bnyk lagi!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa