Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 11, 2015

Padan muka Amanah!

Nak memujuk dan berhemah serta berbuat baik dengan jenis yang sombong dan angkuh.......

Amanah dilihat mahu ‘tumpang’ kejayaan Pas
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
11 NOVEMBER 2015

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat ingin menumpang Pas yang telah berjaya meletakkan asas Islam dan membina negeri yang lebih baik di Kelantan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  Amanah perlu fokus kepada negeri lain dan membina asas sendiri dari merampas Kelantan daripada Pas.

“Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini. Situasi di Kelantan sebenarnya sudah sangat baik. Tiada keperluan untuk tukar kerajaan baharu.

“Saya fikir seeloknya mereka cuba fokus di negeri lain yang masih teruk dan perbetulkan polisi dasar supaya menepati kehendak Islam,” katanya, semalam.

Kelmarin, Amanah melalui Presidennya Mohamad Sabu berkata sedia menggantikan Pas mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14.

Kata Tuan Ibrahim lagi, kenyataan Mohamad itu juga telah menyebabkan matlamat asal penubuhan Amanah telah tersasar.

“Mereka perlu ingat asas mereka pada awal penubuhan Amanah dahulu ingin menewaskan Umno bukan menyerang Pas.

"Mereka sudah lari matlamat asal mereka dan parti tersebut hanya cakap tak serupa bikin,” katanya, semalam.
Namun kata Tuan Ibrahim, Pas tidak pernah gentar dengan kenyataan Amanah tersebut dan yakin rakyat di Kelantan masih menerima Parti itu.

“Semua orang boleh mendakwa bahawa parti mereka mendapat sambutan. Tetapi Pas sememangnya masih kukuh dan kuat di Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas menyerahkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mahkamah membenarkannya.

“Pandikar perlu menjadikan keputusan mahkamah itu sebagai satu rujukan dan memberikan laluan kepada pembentangan RUU itu,” katanya.

8 comments:

  1. Inexperienced apples include both flavonoid and polyphenol - all forms of antioxidants.


    Take a look at my site :: green energy ohio jobs

    ReplyDelete
  2. dah pas pun mcm umno......keno la tukar pas kat kelate tu......

    ReplyDelete
  3. PAN nk lawan di kelantan,,sbb dah tau PAS akan kalah,,,UMNO dah nk menang di kelantan,,ataupun PAS terpaksa + UMNO utk memerintah di kelantan

    ReplyDelete
  4. Dah berpuluh kali kena kencing umnu tetap juga mahu mengharapkan umnu. Kamu ni bodoh ke tolol.

    ReplyDelete
  5. Rasa bermimpilah na tawan kelantan. PAS tetap memerentah .Allah bersama pemimpin Kelantan yang sentiasa membesarkan perentah ALLAH. Fitnah amnoprono dan kumpulan2 yang rasa sombong pasti kembali kapada kepada kebenaran.

    ReplyDelete
  6. Kalu PAS dah x minat kuasa, sekadar jadi panasihat je Amanah mesti tawan Kelantan sebab nanti PAS akan serahkan Kelantan pd Umno. Bagi puak2 UG dlm PAS biar bg Kelantan pd Umno dari Amanah dapat Kelantan.

    ReplyDelete
  7. hoi tuan berahim
    kawe, bini kawe dae 2 anok kawe hok boleh ngundi tak pakoh pas doh kali ni. 4 undi utk parlimen pengkalan chepa dan 4 undi untuk dun panchor. dulu kawe nge keluarga peminat bekas adun situ, tok ime soh.
    bye2 pas parti riak dan bongkak

    ReplyDelete
  8. Aku teramat yakin bahawa PAS dapat mengekalkan kuasanya di Kelantan selama ini, adalah disebabkan aura almarhum TGNA, selain daripada diizinkan oleh Allah. Malah dalam PRU13 yang lepas itupun, almarhum jugalah yang mengepalai jentera parti. Tetapi dalam PRU14 nanti, siapakah yang masih memiliki aura seumpama itu? Tiada, yillek, nehi, none!
    Jika PAS tersungkur di bumi Kelantan kelak, barulah puas hati Hadi, TITM & their gang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa