Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 13, 2015

Hahaa........kes ni memang tak menghairankan!

Pengarah Imigresen Perak, penolong penguatkuasa ditahan reman


Pengarah Imigresen Negeri Perak dan seorang penolong penguatkuasa jabatan berkenaan ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan menerima dan meminta rasuah dari pemilik sebuah pusat hiburan di Sitiawan baru-baru ini.
Majistret Nurul Asyifa Redzuan membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta dan menerima rasuah.
Peguam Datuk Naran Singh, yang mewakili kedua-dua mereka, ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan bahawa anak guamnya ditahan di rumah masing-masing pukul 2 pagi ini.
Naran Singh juga memaklumkan bahawa SPRM memohon mahkamah membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari.
Bagaimanapun, Naran Singh yang dibantu peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainudin, membantah atas alasan tempoh itu terlalu panjang dan kes ini tidak begitu serius.
Beliau kemudian mencadangkan agar kedua-dua suspek ditahan reman selama dua hari kerana pihak SPRM boleh memanggil mereka pada bila-bila masa untuk diambil keterangan.
Katanya, tempoh tahanan reman yang panjang juga akan memalukan suspek pertama sekiranya tidak didakwa di mahkamah kerana dia memegang jawatan tinggi.
Seksyen 17(a) Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

4 comments:

  1. dan kes ini tidak begitu serius ? kata loyar ! hidup rasuah !

    ReplyDelete
  2. Inilah undang-undang Malaysia,pabila kena tahan untuk siasatan ada dwi standad kerana orang berpangkat tahan lama memalukan tapi bila kena pada rakyat biasa boleh pula ditahan hingga tanpa bicara ,abagaimana rakyat hendak patuh undang-undang itulah sebabnmya rasuah lebih teruk pada mereka yang berjawatan tinggi dalam perkhidmatan awam,para hakin dan mejestrit yang arif pun kena ikut arahan juga,kita tengoklah nanti pabila najib disoal siasat apakah najib akan arah hanya tanya soalan yang tidak hubung kait dengan apa yang sedang dipersoalakan jika tidak mahu dicopkan dimasa depan penyoalsiasat najib.Tunggu dan dengar.

    ReplyDelete
  3. Peguam kata kes ni tak serius..tak payah reman sampai 7 hari..patut la Malaysia tak pernah serius perangi rasuah..bapak penyamun bedal 2.6b..

    ReplyDelete
  4. Kaya

    Kaya

    Kaya

    Kaya

    BILYON BILYON ada lah......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa