| BORHAN AHMAD
Adun Salor, Datuk Husam Musa melontar 'bom' malam tadi apabila mendakwa cadangan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi penasihat kepada Umno adalah sebahagian dari perancangan kerjasama antara kedua-duanya.
Ia dilakukan kerana cadangan untuk bersatu termasuk untuk membentuk kerajaan bersama di Selangor sebelum ini masih ditolak oleh akar umbi PAS.
"Niat dihati sudah ada tetapi oleh kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak penasihat dulu macam mana," kata beliau dalam ceramah pertamanya malam tadi selepas sekian lama berehat.
Husam berkata, usaha sedang dibuat untuk membolehkan para wakil rakyat PAS dilantik ke dalam kerajaan Pusat namun sukar untuk dilantik sebagai menteri kerana bilangannya sudah terlalu besar.
Menurut Husam, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, adalah sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan lagi kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.
"Datuk Nazri beritahu, tak sah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Presiden PAS itu berkata, PAS bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.
“Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam,” katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama PAS anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu di Marang.
Husam tak nak langgar Bai'ah!!
ReplyDeletelepas buat statement tu, dia harap PAS akan pecat dia, jadi kira batal lah kut Bai'ah tu
Mak gua sokom PAIH.. Gwa tak puas hati tapi Gwa cool pasal Gwa tahu orang tua kurang maklumat dan kefahaman bab putar belit lebai PAIH pimpinan TUANG PRESIDlENG kaki TUANG. Bila Gwa kasi pencerahan bab undi CAI dengan restu TUANG PRESIDENG yang mana hasilnya bertepatan dengan kehendak UMNO, nah.. mata mak gwa mula bergerak2 tanda dia mula berfikir. Yes! Apa lagi..Gwa pun terus yakin untuk MENGHASUT mak wa dengan hujah yang lebih meyakinkan beliau. Di penghujung HASUTAN Gwa, Gwa bagi mak Gwa satu soklan cepumas celup, kalau PAIH sok bergabung ngan UMNO sok mak nak ngundi sape? Kah kah kah.. trus mak Gwa melenting! " HAKU TAK AKAN UNDI PAIH " kata dia..! Kah kah kah.. HASUTAN Gwa berjaya wa cakap lu... hu huuuu. Hoi TUANG PRESIDENG, sekarang lu sendiri mau ingat la...!!!!.. kah kah kah..
ReplyDeletelepaih ni mesti batak pas cakap husam ni barua dap kah kah kah..
ReplyDelete