Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 6, 2015

Najib lebih pentingkan duit?

Anwar fail saman fitnah bersihkan nama, bukan buat duit, kata peguam 
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 6 November 2015 12:49 PM
Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memfailkan saman fitnah di mahkamah dengan niat mendapat keuntungan kewangan, kata peguamnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.

Saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap penerbit Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dilakukan dengan niat untuk membersihkan namanya melalui saluran undang-undang, kata peguamnya N Surendran.
Beliau berkata, bekas ketua pembangkang itu tidak pernah membawa kes ke mahkamah dengan niat untuk mendapat keuntungan kewangan daripada saman yang difailkan.
"Bukan untuk wang, tetapi menunjukkan tuduhan itu palsu, dan mempertahankan nama baiknya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pada masa sama, beliau berkata, saman itu juga difailkan bagi menunjukkan akhbar yang dikawal Umno itu gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab.
Surendran berkata, jumlah besar ganti rugi yang dituntut menggambarkan betapa seriusnya tuduhan.
Peguam itu berkata demikian mengulas kenyataan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang Datuk Seri Najib Razak juga berhak mendapat ganti rugi, sama seperti pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Lim Guan Eng daripada DAP, yang diberikan pampasan kewangan tinggi selepas Utusan didapati bersalah memfitnah mereka.
Firoz, yang juga peguam untuk Najib, pada Isnin berkata demikian ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memulakan saman fitnah terhadap Dow Jones, penerbit The Wall Street Journal di Amerika Syarikat. – 6 November, 2015.

2 comments:

  1. janagn bagi muka pada akhbar yang suka buat fitnah
    saman jika itu yang terbaik
    kasi ajar sama puak cilaka tu
    tak pernah rasa berdosa buat kerja jahat
    lupa akan dimatikan bila smapai masa
    yang tidak pula diketahui bila
    tapi yang pasti bila bila saja boleh jadi

    ReplyDelete
  2. Di bawah ini adalah komen aku dalam posting admin sebelum ini, hanya perbetulkan tambah huruf g pada ejaan langsung dalam komen itu:

    'Anonymous said...

    Kenyataan yang dibuat oleh peguam tersebut adalah bukti tersangat kukuh yang menunjukkan bahawa Najib adalah mata duitan dan langsung tidak mementingkan maruah. Adakah mana-mana macai yang hendak pertikaikan? Ayuh!!!

    November 3, 2015 at 12:47 AM'

    Sehingga kini, tiada satu pun macai yang berani muncul untuk mempertikaikan komen aku tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa