Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 14, 2015

Inilah celakanya bila rasakan diri berkuasa

Husam: Ketua Dewan Ulama PAS macam samseng
N Faizal Ghazali  


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.
Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.
"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.
"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.
Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.
"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.
"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.
Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.
"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.
"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.
Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.
"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"
"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.

4 comments:

  1. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, Allah bless YB Husam

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allah bless YB Husam

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allah bless YB Husam

    ReplyDelete
  4. Bila dedah salahlaku orang melayu (yang mengaku islam), tuduh sebagai agenda DAP, agenda komunis, serangan keatas islam. Bila cerita pasal rasuah dan salahgunakuasa pemimpin2 UMNO dan Kerajaan, tuduh sebagai pengganas ekonomi, pengkhianat serta subversif. Tuduhan2 ni tak dak sapa pun yang boleh nafikan bahawa ianya adalah standard orang2 UMNO! Bila terdedah pekung serta kemungkaran mereka, taktik mereka tak lain dan tak bukan hanyalah metuduh orang yang mendedahkan kejahatan mereka sebagai kafir, komunis dan lain2 label buruk sementara mereka masih berbohong bahawa mereka adalah makhluk2 suci yang bebas dari berbuat dosa.

    Tapi yang mushkilnya, macamana pulak ada puak2 dari parti lain yang dok berperangai sama seperti puak2 yang pernah mereka sendiri gelar sebagai "thoghut" dan saling tak tak tumpah perangai ala Firaun? Mereka semua ni dah buang tebiat ke? Mereka semua pun dah kena penyakit yang sama dihidapai oleh parti kebangsaan tu? Mereka juga telah rosak akibat ketaatan dan kesetiaan membuta tuli "dulu, kini dan selamanya"?

    Pada kacamata rakyat sekarang ni kedua2 puak ni langsung tak dak beza, sama aje, perangai, percakapan serta keupayaan dalam memegang amanah dan pentadbiran. Dua2 boleh dihumbankan ke dalam laut. Tak susah sebab Mesia ni di kelilingi oleh laut! Pilih aje mana nak humban puak2 ni, yang penting mesti ada kemahuan yang kuat dari rakyat! kenapa mesti dihumbankan puak2 ni? Sebab kalau dibiar Mesia ni yang akan karam!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa