Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 14, 2015

Orang Islam yang melahap duit kebajikan, DAP yang salah!

DAP dalang serangan institusi Islam – Blog UMNO

 | November 14, 2015
Serangan terhadap YaPEIM kerana agensi itu telah berjaya membantu meningkatkan ekonomi Umat Islam khususnya sistem pajak gadai ar-Rahnu.
yapeim_mykmu_dap_now_600
PETALING JAYA: DAP didakwa menjadi dalang kepada serangan institusi-institusi Islam di negara ini termasuk serangan terbaharu terhadap Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Satu artikel yang disiarkan di blog pro-UMNO, MYKMU.net, mendakwa serangan terhadap YaPEIM itu dilakukan oleh mereka yang menjadi alat kepada DAP untuk meruntuhkan institusi Islam.
Katanya, serangan jahat terhadap YaPEIM yang dilakukan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) merupakan satu taktik jahat ala komunis
Katanya, serangan itu kerana YaPEIM telah berjaya membantu ekonomi umat Islam dan salah satu kejayaannya memperkenalkan sistem pajak gadai ar-Rahnu yang dilaksanakan di 202 cawangan di seluruh Negara.
“Program Ar-Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang memberansangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM8 3juta. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak RM11 juta berbanding RM72 juta tahun 2014.
“Hakikatnya, YaPIEM sebagai pengusaha pajak gadai Islam terbesar di negara ini merupakan ancaman kepada sistem konvensional dan anda sendiri pasti tahu siapa yang terancam dengan perkembangan ini,” tulis artikel itu.
Umat Islam juga turut dipersalahkan kerana terlalu cepat melenting dan percaya dengan tuduhan itu tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.
“Serangan terbuka ke atas institusi Islam membabitkan tuduhan salah guna wang dan ke arah korupsi bertujuan memalukan institusi Islam yang banyak membantu umat Islam ini.
“Tunggu, anda akan lihat banyak lagi serangan ke atas institusi Islam yang kemungkinan besar dirancang oleh DAP,” tulis artikel itu.

8 comments:

  1. Apo ni...
    mu yg berak.....mu kat taik tu taik orang
    bengong ameno ni

    ReplyDelete
  2. Ini lah caranya Umno untuk meghalalkan kemungkaran. Sepaturnya siasat siapa yang salahguna duit orang miskin dan anak-anak yatim bukannya letakkan salah pada pendedahan salah laku. Di Malaysia banyak kes seumpama ini contohnya 1MDB dimana orang yang dituduh tidak disiasat tetapi pengadu pula disiasat. Apa nak jadi dengan sistem perundangan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Lahap jangan Tak Lahap

    Ada BILYON BILYON lagi boleh Lahap

    Melayu bangsa Bahalol mana ada kesah

    Salam 1 LAHAP !!!!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau tuduh DAP boleh lepas ke di padang mahsyar nanti?

    ReplyDelete
  5. Tuduh DAP boleh lepas ke di mashyar nanti?

    ReplyDelete
  6. Melayu bangsa bahalol,,buat pi la apapun,,,

    ReplyDelete
  7. Melayu yang haprak, takde otak mentedaghah duit derma orang ramai, parti politik lain pulak yang dituduh. Dah sah yang menuduh tu jahil muraqab jenis Melayu Islam keturunan!!

    ReplyDelete
  8. Mengambil penasihat dari Israel yang dibayar berjuta-juta sungguh berbaloi buat UMNO. Apakah nasihat Hadi kepada UMNO nanti lebih bermakna daripada itu untuk menutup pekung UMNO?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa