Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 3, 2015

Inilah situasi sebenar PAS yang buatnya tak keruan

Kerjasama perlu, Pas tidak boleh bersendirian – Penganalisis
UPDATED: Nov 2, 2015 10:43pm
Pas bukan sahaja akan dapat memanfaatkan dengan kerjasama Pas-BN-Perkasa, tetapi baik juga untuk Umno dan Perkasa. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

Pas memerlukan kerjasama sama ada dengan Perkasa atau Umno lebih-lebih lagi setelah Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.
Demikian menurut penganalisis politik, Dr Azmi Hassan sambil menambah, Pas ketika ini dilihat bersendirian dan sukar untuk memberi impak kepada senario politik tempatan.
“Walaupun hakikat kerjasama dengan Perkasa lebih mudah kerana badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan entiti politik tetapi kerjasama dengan BN agak sukar kerana ia perlu diterjemah kepada pembahagian kerusi apabila tiba Pilihan Raya Umum,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Jelas Dr Azmi, Pas bukan sahaja akan dapat memanfaatkan dengan kerjasama Pas-BN-Perkasa, tetapi baik juga untuk Umno dan Perkasa.
“Perkara ini penting buat ketiga-tiga entiti kerana apa sahaja yang berkaitan dengan perpaduan Melayu dan Islam akan dihargai oleh pengundi Melayu,” katanya.
Pada bulan lalu, satu pertemuan diatur di antara kedua-dua pimpinan tertinggi Pas dan Perkasa bagi mewujudkan hubungan dua hala menerusi pejabat Setiausaha Agung Pas dan Perkasa dalam membabitkan isu kepentingan rakyat.
Kesinambungan dari pertemuan itu dikatakan telah merintis usaha ke arah menjalinkan ukhuwah dan penyatuan ummah demi kesejahteraan orang Melayu Islam.
Bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu sependapat terhadap tiga isu utama iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-Raja mengenai skandal syarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, dua isu lain ialah, menggesa polis membebaskan peguam, Matthias Chang dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dituduh di bawah Sosma, serta meminta kerajaan menjelaskan mengenai isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Dr Azmi menambah, secara idealnya kerjasama untuk kebajikan rakyat harus merentasi ideologi politik sebagai contohnya tragedi banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur pada tahun lalu perlu dijadikan pengajaran.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Azmi berkata kesungguhan perlu dipamerkan melalui kepimpinan Pas dan Umno dengan mengorbanan kepentingan masing-masing jika tidak mahu rakyat menilainya hanya sekadar sandiwara.
Nik Abduh mengulangi pendirian bahawa Pas bersedia untuk bekerjasama dengan BN dan ia bukan untuk mencapai kepentingan politik tetapi dalam aspek kebajikan rakyat.
Bagi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berpendapat parti itu tidak mungkin bekerjasama dalam politik dengan Umno.
“Risiko terlalu tinggi buat Pas untuk bekerjasama dari aspek politik dengan Umno kerana ahli-ahli Pas sangat ‘alergik’ dengan parti kerjaan itu,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Tambahnya, dari aspek penyatuan ummah demi kesejahteraan Islam mungkin wujud kerjasama tetapi bukan sebagai rakan strategi.
“Sejarah merekodkan, kerjasama Pas dan Barisan Nasional (BN) pada zaman Tun Abdul Razak pernah wujud tetapi ketika itu situasi Pas sangat lemah kerana perpecahan dalaman berlaku.
“Namun selepas Pas keluar dari BN dan kemasukkan pemimpin utama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ke dalam Pas menguatkan semula parti itu,” katanya.
Jelasnya, sejarah mungkin berulang tetapi Pas perlu belajar dari pengalaman lalu agar terus menjadi parti Islam yang kuat.

2 comments:

  1. Artikel2 menasihat pas ni umpama babi salah bukit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu...
      Babi menyalak anjing

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa