Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 3, 2015

Tahanan mati: IGP diminta bersara

Permintaan yang tak mungkin terlaksana di Malaysia

IGP diminta bersara, EAIC sahkan polis pukul mati tahanan
Kow Gah Chie  - 

PARLIMEN l Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan selepas Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati bahawa seorang tahanan dipukul hingga mati oleh polis tahun lalu.
Dalam laporannya, EAIC mencadangkan dakwaan membunuh dikenakan ke atas anggota polis berkenaan selepas siasatan mendapati Syed Mohd Azlan Mohamed Nur, 25, dipukul hingga mati ketika dalam lokap di Sungai Rengit, Johor, pada 3 Nov 2014.
"Ini laporan memalukan membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Laporan seumpama ini cukup untuk IGP letak jawatan," kata Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat ketika membahaskan Bajet 2016 malam semalam.
Ketua Polis Johor kemudian mengklasifikasikan kematian itu sebagai "kematian mengejut", satu istilah yang tidak boleh dicabar, kata Gobind.
Walau bagaimanapun, katanya, laporan siasatan mendapati terdapat 61 jenis kecederaan di wajah, badan dan kedua-dua kaki lelaki itu.
"Sebahagian daripada kecederaan adalah selaras dengan usaha mangsa melindungi dirinya daripada keganasan fizikal oleh anggota polis.
"Sudah begitu banyak kes (seperti ini). Kita ada Teoh Beng Hock, kita ada Kugan dan sekarang Syed Azlan pula," kata Gobind.

6 comments:

  1. Dia ni takda issue lain ke kapok mampoh saman lah toyotak ALPET
    Jasi loyor ni semacam ada lesen besar -di india loyat ni jual kertas A4 TAIP TEPI JLN

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kena kat ahli keluarga hang baru nak berkokok

      Delete
  2. Kebanyakan rakyat Malaysia menganggap keganasan polis sebagai perkara yg kecil. Bila dah kena kat ahli keluarga sendiri baru nak sibuk..

    ReplyDelete
  3. Apa nak pelik? Rahim Noor asal KPN pun las sekali jadi PENJENAYAH! Sebelum dia kantoi pun siap menipu lagi ngatakan sipolan tu tumbuk diri sendiri. Tu la standart POLIS Malaysial. Huhuuuuu

    ReplyDelete
  4. Apa nak pelik? Rahim Noor asal KPN pun las sekali jadi PENJENAYAH! Sebelum dia kantoi pun siap menipu lagi ngatakan sipolan tu tumbuk diri sendiri. Tu la standart POLIS Malaysial. Huhuuuuu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa