Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 19, 2015

Jamil Khir bakal berdepan dengan 588,930 pencarum bukan dengan Akmal sahaja

Jamil Khir berdepan setengah juta pencarum YaPEIM bukan NOW saja
 | ARIF ATAN

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW), Akmal Nasir yakin dirinya tidak bersalah kerana pembongkaran skandal dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah berdasarkan fakta.
Beliau berkata demikian ekoran tindakan peguam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir menghantar Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepadanya.
Mengakui sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil untuk menyangkal kesahihan maklumat yang didedahkan, Akmal berkata, pembongkaran berkaitan salah guna dan pembaziran itu demi menyelamatkan dana YaPEIM yang turut melibatkan lebih setengah juta pencarum bulanan dan mereka yang layak menerima bantuan YaPEIM seperti anak yatim dan orang miskin.
  “Saya pasti rakyat juga tertanya-tanya mengapa beliau (Jamil Khir) kini bukan sahaja menuntut kemaafan saya dalam tempoh dua hari, tetapi juga bayaran ganti rugi sebanyak RM 10,000,000 sedangkan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pemberi maklumat (whistleblower) bagi mencegah kemungkaran,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Jamil Khir memberi penjelasan terbuka dengan bukti-bukti yang kukuh sekiranya beberapa pendedahannya sebelum ini tidak berasas.
Walau bagaimanapun, ujarnya lagi, Jamil Khir bakal berdepan dengan 588,930 pencarum YaPEIM bukan dengan Akmal seorang jika mahu meneruskan tindakan undang-undang tersebut.
Akmal sebelum ini mengaitkan Jamil Khir menggunakan wang milik YaPEIM berjumlah hamper RM411,000 bagi membiayai lawatan ke Amerika Syarikat tahun lalu, selain mendedahkan wang berkenaan diguna bagi membayar kos penerbangan, penginapan, sesi bermain golf dan beli belah bersama isteri seorang individu lain.
Beliau juga mendakwa Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM serta keluarga menerima pendapatan keseluruhan berjumlah RM154,700 sebulan, selain berbelanja untuk kempen pilihan raya kecil di Parlimen Rompin.
Dalam hal berkaitan, Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin menganggap pembongkaran NOW itu sebagai tuduhan berat yang berniat jahat dan bermotifkan politik.
Abibullah dalam satu kenyataannya semalam berkata, NOW memutar belit maklumat dokumen dalaman YaPEIM yang dicuri bertujuan bagi memfitnah Jamil Khir, YaPEIM dan peneraju tertinggi YaPEIM.

1 comment:

  1. Lepas ini kuran le orang nak mecarom gara gara ramai buaya buaya yg makan bangkai.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa