Sebagai penasihat UMNO yang salah satu komponen BN, apa pula kata Hadi?
MCA: Azizah juga cuba jaga 'konservatif ultra'
Serba tidak kena buat PKR dalam isu pakaian sukan wanita selepas ulasan kontroversi dibuat anggota parlimennya Mohamad Imran Abdul Hamid sebelum ini.
Timbalan Presiden MCA Datuk Chew Mei Fun membangkitkan kenapa Azizah mengambil masa dua hari untuk mengulas kenyataan wakil rakyat Lumut itu.
Ditanya sama ada Imran dianggap “cauvinis lelaki” susulan kenyataan itu, Azizah sebelum ini berkata bekas pegawai kanan tentera laut itu mungkin sering berada di laut.
Chew bagaimanapun berkata Azizah sebenarnya cuba mengambil hati kumpulan wanita dan pada masa yang sama pihak “konservatif ultra”.
MCA menyifatkan ulasan Imran itu memberi gambaran buruk kepada pasukan keselamatan sendiri.
“...ulasan-ulasan ini merendahkan martabat kedua-dua pihak, ahli sukan lelaki dan wanita selain penonton dan penyokong seolah-oleh tidak dapat mengawal keinginan seksual mereka,” katanya.
Mohamad Imran pada 16 November berkata pakaian “seksi” sukan, seperti dalam acara Sukan Malaysia (SUKMA) dan FitMalaysa boleh membawa kepada amalan zina.
Perbahasan berkaitan pakaian ahli sukan perempuan muncul Jun lalu selepas gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi merangkul emas di Sukan Sea.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa