Pancaran haba pada imej satelit ketika pesawat Metrojet terhempas
OLEH NBC NEWS - 03 NOV 2015
Ketika kebanyakan membuat spekulasi sebuah peluru berpandu terkena pesawat komersial Rusia yang menyebabkannya terhempas di semenanjung Sinai di Mesir, pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) menyatakan imej satelit tidak menyokong teori itu.
Seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu NBC News pada lewat Isnin bahawa satelit infra merah AS telah mengesan kelipan cahaya haba pada masa dan lokasi yang sama di mana pesawat penumpang itu terhempas di Sinai.
Menurut pegawai itu, analisis risikan AS percaya ia mungkin letupan dalam pesawat, sama ada tangki bahan bakar ataupun bom, namun tiada petunjuk peluru berpandu darat ke udara yang menyebabkan pesawat itu terhempas.
Satelit infra merah yang sama juga mampu mengesan jejak haba peluru berpandu yang dilancarkan dari darat.
"Spekulasi bahawa pesawat itu ditembak peluru berpandu adalah di luar jangkauan," kata pegawai tersebut.
Seorang lagi pegawai kanan pertahahan AS mengesahkan pemantauan satelit itu mengesan 'pancaran cahaya ataupun letupan' di udara di Sinai pada masa yang sama.
Menurut pegawai tersebut, 'pesawat itu hancur pada kedudukan yang sangat tinggi' ketika satelit infra merah menunjukkan 'terdapat letupan'.
Pegawai itu turut menekankan 'tidak terdapat bukti sebarang peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat berkenaan'.
Pada Ahad lalu, pegawai-pegawai Rusia berkata, pesawat itu kelihatan seperti berkecai di udara, mencetuskan spekulasi kemungkinan pembabitan letupan, dan semalam para pegawai tidak berusaha untuk melenyapkan kekhuatiran itu.
Menurut Reuters, apabila ditanya sama ada serangan pengganas yang menyebabkan pesawat itu terhempas, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, tiada teori yang akan diabaikan.
Pada Sabtu lalu, pesawat Airbus, A321 yang dikendalikan metrojet yang dalam perjalanan dari pusat peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikhke ke Saint Petersburg terhempas di semenanjung Sinai, Mesir mengorbankan kesemua 244 penumpang, termasuk anak kapal.
Sekutu kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) tempatan mendakwa mereka bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tersebut namun para pegawai menolak dakwaan itu kerana berpandangan ia mustahil berlaku memandangkan puak militan kekurangan senjata untuk melakukannya.
Semalam, Pengarah Risikan Kebangsaan AS, James Clapper memberitahu persidangan 'Defense One' bahawa setakat ini tiada sebarang 'bukti langsung pembabitan pengganas' dalam kemalangan tersebut. - sumber
oooo ada satelit kat atas tu rupanya! boleh detect letupan bom.
ReplyDeletetp knp di Ukraine tak ada berita apa2 pun dr satelit amerika?